Sunday 28 August 2011

Perbezaan matahari pagi 25 ramadhan dengan hari2 lain

Malam 25 ramadhan adalah malam Lailatulqadar bagi tahun 1432Hijrah.


بسم الله الرحمن الرحيم
       Segala puji bagi Allah pemilik langit dan bumi serta seisinya..selawat dan salam terhadap rasul utusannya serta semua yang mengikuti langkahnya.....

       Alhamdulilah ramadhan hampir ke penghujungnya... maka teruslah berusaha bersungguh-sungguh mengejar rahmat dan pengampunan Yang Maha Pengasih,  kerana tiada kebaikan pada orang yang melalui ramadhan sedangkan dia tidak diampunkan...

-Di riwayatkan oleh ibnu Hibban, bahawa nabi s.a.w bersabda:

 "sesungguhnya penerimaan amalan itu adalah pada pengakhiran"

-Maka jangan di sia-siakan usaha dari awal ramadhan dengan kelalaian di penghujungnya.. Moga Allah menerima puasa, solat, sedekah dan seluruh amalan yang dilakukan..


      Berbahagialah bagi mereka yang menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan, dan khabar gembira bagi mereka yang memenuhkan malam 25 ramadhan dengan amal ibadat kerana mengikut tanda-tanda yang dikhabarkan oleh baginda s.a.w ,malam lailatulqadar terdapat pada malam tersebut...

-Sabda nabi s.a.w:
 "Siapa yang berpuasa ramadhan dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang menghidupkan ramadhan dengan iman dan ihtisab diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" 

-Ihtisab bermaksud: Mengharapkan ganjaran.
-Riwayat: Bukhari,Muslim, At-tirmizi,Abu Daud,Ahmad dan lain-lain.

     Juga diantara kelebihan malam itu yang difirmankan di dalam Al-quran dalam surah
 Al-Qadr: "سلام هي":

     Berkata Ad-dohhaq: Lailatul qadar adalah malam yang sejahtera. Di malam itu Allah hanya mentaqdirkan semua perkara yang sejahtera sahaja. Adapun di malam-malam lain ditaqdirkan bala' dan kesejahteraan pada alam ini.

Berkata As-Sya'bi: Di malam itu para malaikat memberi salam kepada orang-orang yang bersujud dari terbenamnya matahari  sehingga ia terbit.

     Dikatakan : Sesiapa yang malaikat  memberi salam kepadanya pada malam itu akan merasakan  kekhusyukan di  dalam hatinya.. seolah-olah  hatinya menangis  kegembiraan atau ketakutan kepada Allah taala.

     Terdapat banyak tanda-tanda berlakunya lailatul qadar dan kadang-kadang tanda itu hanya khusus disedari oleh seseorang sahaja yang Allah muliakannya seperti air masim berubah menjadi tawar, bermimpi, dan pelbagai kejadian lagi.

     Adapun tanda umum yang dapat dilihat oleh kebanyakkan orang adalah matahari terbit pada pagi itu tidak bercahaya. Ianya dikhabarkan  oleh baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-tirmizi, Ahmad dan lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan

"Tanda berlakunya lailatul qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu keputihan(dan dalam riwayat yang lain: kemerahan) yang tidak bercahaya."

     Dikatakan sebabnya adalah kerana para malaikat turun pada malam itu memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun  dari muka bumi melainkan terdapat malaikat disitu. maka apabila manusia bersolat subuh, para malaikat mula naik  ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang begitu banyak beserta cahaya mereka -kerana malaikat dicipta dari cahaya- maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat  dan menyebabkan pudarnya cahaya matahari

maka di bawah ini saya sertakan gambar terbit matahari bermula dari pagi ke 21 ramadhan hinggalah 27 ramadhan. Maka jelas pagi ke 25 ramadhan matahari yang terbit tiada cahaya seumpaman bulan purnama..

     Gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11. Dan gambar-gambar ini adalah asli tanpa diedit sedikitpun.

Nikon coolpix L11

Pagi 21 ramadhan

Pagi 22 Ramadhan

Pagi 23 Ramadhan

Pagi 24 Ramadhan

Pagi 25 Ramadhan

Lagi gambar Pagi 25 Ramadhan



Video Pagi 25 ramadhan

Pagi 26 ramadhan

Pagi 27 Ramadhan


Gambar dari pagi 21 sehinggalah ke 24 tidak mempunyai tarikh kerana terlupa meng setting kamera. Sesetengah gambar gelap dan sesetengah cerah kerana tindakbalas cahaya matahari dan orang yang mengambilnya juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengambil gambar

Oleh: Mohammad Amir Wan harun.
Panel Taqyif fiqh- Daru Ifta'
Takhasus Fiqh Wal usul
Universiti Mu'tah, Jordan.

Saturday 20 August 2011

Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.


Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.
Pensyarah Universiti Mu'tah
Tenaga Pengajar Tafsir Al-Quran lebih dari 30 tahun.

Secara umumnya lailatul qadar berada di dalam sepuluh akhir dari ramadhan. 
Berdalilkan:

Dari Al-Quran:

1-lafaz “ليلة القدر” mengandungi 9 huruf dan lafaz ini berulang sebanyak 3 kali di dalam surah al-qadr.
 Maka 9x3=27 iaitu malam ke 27 ramadhan.

2-Perkataan “هي” di dalam surah al-qadr berada di kedudukan tertib ke 27 dari susunan perkataan.

Dari hadis:

1-Hadis aisyah r.a yang diriwayatkan Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah:

“Carilah lailatul qadar dalam 10 terakhir dari ramadhan"

2-Hadis Abi Said Al-Khudri r.a yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

“Telah turun hujan pada satu malam iaitu malam ke 21, maka telah membasahi tempat sujud nabi s.a.w, maka aku melihat kepadanya sesudah selesai solat subuh, wajah baginda dibasahi dengan lumpur dan air"

3-Hadis Ubadah bin Somit1 yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

“Carilah lailatul qadar pada 9 dan 7 dan 5”

-Maksud hadis: ke 9 bermaksud malam ke 21, ke 7 bermaksud malam ke23, dan ke 5 bermaksud malam ke 25.
-Ataupun ia bermaksud  jika di tambah 9+7+5=21. Iaitu malam ke 21.

       Dan banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang malam lailatul qadar dalam hari-hari yang berbeza, maka natijahnya: Semua hadis-hadis ini menunjukkan lailatul qadar terdapat pada hari-hari ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.

Pendapat-pendapat ulamak mengenai malam lailatul qadar:

1-Imam Mali, As-Sauri, Ishaq, Ahmad bin Hanbal dan lain-lainnya: Malam ganjil yang berpindah-pindah dalam malam ke 21,23, 25,27 dan 29.

2-As-Syafiyah: Malam 10 yang ganjil, dan lebih cenderung pada malam 21 dan 23.

3-Sebahagian ulamak yang lain: Malam 27 secara tetap setiap tahun.

Pendapat yang tepat: Lailatul qadar berubah-ubah setiap tahun dalam malam-malam ganjil.


Menentukan awal ramadhan.

Berdasarkan pemerhatian pada tahun-tahun lepas, kami mendapati bahawa awal Ramadhan tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad. Akan tetapi pada tahun 2002 dan 2005,  awal ramadhan datang pada malam jumaat, dan tahun 2004 pula awal ramadhan datang pada malam ahad berdasarkan kiraan falak di sesetengah tempat. 

Akan tetapi pengiraan ini salah, ia disahkan di dalam satu artikel oleh syeikh mamduh bin Matab Al-Jabrain yang dikeluarkan di Riyadh. Kesalahan ini disahkan kerana malam lailatul qadar telah jatuh pada malam-malam genap pada tahun-tahun  itu. 

Malam lailatul qadar dapat dipastikan  melalui matahari yang terbit pada pagi itu putih atau merah yang tidak memancarkan cahaya seperti yang digambarkan dalam hadis Ibnu Masud r.a. Dan Lailatul qadar pada malam-malam genap adalah bercanggah dengan hadis-hadis dan perkataan dari para sahabat r.a bahawa ia berlaku pada malam ganjil.

Kesalahan ini berlaku disebabkan terdapat perselisihan sebanyak empat cara pengiraan di kalangan ahli-ahli falak seperti yang dinyatakan oleh ahli falak mesir DR شلتوت dan DR dari Amerika iaitu Jeff Schester di dalam perbincangan Al-Jazirah  pada hari isnin 23/10/2006.


Mengikut pengiraan, ramadhan disyariatkan pada tahun ke dua hijrah, dan  nabi s.a.w wafat pada tahun ke 10 hijrah, maka nabi telah berpuasa selama 9 tahun sebelum baginda wafat. Jika dilihat sepanjang 9 tahun ini tiada awal ramadhan yang bermula pada malam jumaat dan ahad. Tarikh dan hari awal ramadhan sepanjang 9 tahun itu adalah seperti berikut:

-Tahun ke dua hijrah: Malam isnin 25/2/624M
-Tahun ketiga Hijrah: Malam sabtu 14/2/625M
-Tahun keempat Hijrah: Malam rabu 3/2/626M
-Tahun kelima Hijrah: Malam isnin24/1/627M
-Tahun keenam Hijrah: Malam sabtu 13/1/628M
-Tahun ketujuh Hijrah: Malam selasa 2/1/269M
-Tahun ke lapan Hijrah: Malam Sabtu 21/12/629M
-Tahun ke Sembilan Hijrah : Malam khamis 10/12/630M
-Tahun kesepuluh Hijrah: Malam isnin 30/11/631M



Kesimpulannya: Awal Ramadhan hanya akan datang pada malam sabtu, malam isnin, malam selasa, malam rabu dan malam khamis.
Ia tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad.



Di bawah ini akan dinyatakan jadual penentuan awal ramadhan dan malam lailatul qadar. Awal ramadhan diketahui dengan kajian falak hasil dari pemerhatian perjalanan bulan pada setiap tahun melalui teleskop moden dan satelit. 

Manakala lailatul qadar pula diketahui melalui pemerhatian malam lailatul qadar sejak 8 tahun iaitu sejak 1998 sehinggalah 2006(Kitab ini disiapkan pada 2007) sehinggalah tahun lepas lailatul qadar datang pada malam selasa yang ganjil di dalam 10 malam terakhir ramadhan.

Tahun masihi/hijrah
Awal ramadhan
Lailatul qadar
Bilangan malam
1998/1419
Malam sabtu
Malam selasa
25 ramadhan
1999/1420
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2000/1421
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2001/1422
Malam sabtu
Malam selasa
25ramdhan
2002/1423
Malam rabu
Malam selasa
21ramadhan
2003/1424
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2004/1425
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2005/1426
Malam selasa
Malam selasa
29ramadhan
2006/1427
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2007/1428
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2008/1429
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2009/1430
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2010/1431
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan

Penglihatan pada pagi malam yang berlaku lailatul qadar ini disaksikan oleh beribu-ribu pelajar Universiti Jordan dan pelajar-pelajar Universiti Mu’tah dan sebahagian penduduk Mazar(kawasan di Jordan) dan orang-orang yang turut serta menyaksikan terbit matahari.

Insyallah tahun ni malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23 Ramadhan, malam selasa. Bermakna hari isnin malam telah bermula lailatul qadar insyallah...


Wallaha'lam.......
Diringkaskan dari Kitab Tafsir Mauduie karangan Profesor Dr Amin Al-Buttusyh
Alih bahasa oleh : Mohammad Amir Bin Wan Harun.
Panel Taqyif Fiqh-Darul Ifta'
Mu'tah Universiti, Jordan.


Wednesday 17 August 2011

Kahwin kontrak@Nikah Mutah


Pertanyaan dari seorang sahabat:

Assalamualaikum......

- Bagaimana boleh jadi kahwin kontrak? kalau lafaznya begini kahwin kontrak ke?"saya kahwin dengan awak kerana terpkasa, kita pura2 sbg suami isteri saja, cukup 3 bulan kita cerai atau bila awak selesai melahirkan , kita cerai & sbg?"

- Kenapa ulamak menghramkannya? ramai orang arab yang mengamlkannya,, bila mereka pergi dari satu negara ke negara , mereka akan berkahiwn dengan perempuan tempatan untuk mengelakkan dari zina. Boleh ka tak boleh?tq

Bismillahirrahmanirrahim...

kawin kontrak di dalam istilah fuqaha' ialah nikah mutah.

nikah kutah ialah seorang lelaki yg berkahwin dgn seorang wanita dalam tempoh tertentu yang disebutkan dalam akad nikah. contohnya: aku kahwinkan engkau dengan anak aku selama sebulan@setahun aatau sebagainya.

nikah mutah di sisi orang yang mengharuskannya iaitu syiah:
mereka ini tidak saling mewarisi jika salah seorang itu mati ketika masih dlm tempoh perkahwinan.
dan talak secara automatik akan terjadi apabila telah tamat tempohnya tanpa perlu malafazkan lafaz cerai.

Ulamah sunnah bersepakat bahawa nikah mutah adalah haram dan perkahwinan itu terbatal jika tempoh disebut di dalam akad nikah, adapun jika tidak disebut di dalam akad dan hanya berniat utk nikah mutah, pernikahan itu sah.

Akan tetapi Imam Al-Auzaie berpendepat nikah itu juga terbatal jika  berniat mutah. dan rajih ialah pendapat jumhur: nikah itu sah tetapi berdosa kerana dia berniatkan mudharat pada pasanganya dan niat itu bercanggah dari maksud pensyariatan nikah iaitu berkekalannya perkhwinan dan menghasilkan zuriat.

syiah mengharuskan mutah dengan berdalilkan bahawa sahabat melakukan mutah di dalam sebuah peperangan dan nabi mengizinkannya...

tetapi ulamak sunnah menolak hadis syaih dengan hadis2 sohih bahawa hadis pengharusan mutah itu telah dinasakhkan oleh hadis2 lain yg sohih

diriwayatkan oleh muslim:
 rasulullah s.a.w bersabda: wahai manusia, "sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mutah terhadap wanita-wanita, dan sesungguhnya allah telah mengharamkan demikian itu sehingga hari kiamat...al hadis".

wallah alam...

Oleh: Muhammad Amir Wan Harun@ Hamba tuhan
Panel Taqyif Fiqh-Darul Ifta'
Takhasus Fiqh Wal usul
Mu'tah University, Jordan.

Wednesday 3 August 2011

Permasalahan Fiqh Berkaitan Ramadhan(Fasal 2:WAKTU BERBUKA PUASA BAGI MUSAFIR DI ATAS KAPAL TERBANG.

PERMASALAHAN 2
WAKTU BERBUKA PUASA BAGI MUSAFIR DI ATAS KAPAL TERBANG.



Soalan :
Sekiranya Ali bertolak dari Jordan ke Malaysia selepas asar menaiki kapal terbang di siang hari Ramadhan, bilakah waktu untuk Ali berbuka puasa?

     Menurut asal hukum syara’ waktu berbuka puasa itu ialah apabila tenggelamnya matahari (waktu Maghrib). Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"ثم أتموا الصيام إلى الليل"

“Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam (Maghrib)” 
(Surah Al-Baqarah:187)

     Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya: Kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam satu perjalanan di bulan Ramadhan. Ketika bulatan matahari telah terbenam Baginda s.a.w bersabda: “Hai Fulan! Turunlah, dan siapkan makan kita!” Jawab orang itu, : Hari masih terang, ya Rasullullah! Sabda Rasulullah , “Turunlah dan siapkan makan kita!” kata Abdullah, “Orang itu pun segera turun, lalu dia menyiapkan makanan dan menyajikannya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam, dan Baginda langsung minum. Kemudian Baginda bersabda sambil menunjuk dengan tangannya : “Apabila matahari telah terbenam di sana, dan malam telah datang di sini, maka orang puasa sudah boleh berbuka”.
(Hadis Muttafaq ‘alaihi)


     Persoalannya bagaimana halnya jika seseorang bermusafir dengan menaiki kapal terbang yang pada kebiasaannya matahari akan masih lagi tampak pada penglihatan penumpang walaupun ia sudah hilang (tenggelam) bagi mereka yang berada di bumi.


Pendapat Syeikh Abu Zuhrah r.a: Berpandukan ayat al-Quran dan hadis di atas, jika seseorang itu berpuasa dan bermusafir dengan menaiki kapal terbang dan ia sedang berada di udara, maka waktu berbukanya ialah apabila matahari itu hilang dari penglihatannya. Tidak sah puasanya jika ia berbuka selagi matahari masih terlihat pada pandangannya walaupun negeri dari tempat ia memulakan perjalanan itu sudah tiba saatnya untuk berbuka.

     Sebagaimana yang berlaku bagi mereka yang menuju ke arah Timur, maka waktu siangnya adalah pendek berbanding dengan mereka yang menuju ke arah Barat waktu siangnya adalah panjang. Oleh yang demikian apa yang diambil kira sekarang bagi orang yang berpuasa itu ialah dengan terbenamnya matahari daripada penglihatannya, walau di mana ia berada ketika itu, dan bukan dikira dengan waktu tempatan yang dilaluinya atau waktu negeri yang ditinggalkannya.

     Adapun sekiranya puasa sepanjang hari itu membebankannya, maka baginya terdapat kelonggaran(rukhsoh) yang mengharuskannya berbuka, sebaliknya jika tidak menyusahkan dan dia dapat menyempurnakan puasanya itu, maka yang afdhal adalah teruskan dan sempurnakan puasanya itu (seperti perbincangan pada permasalahan Fasal 1). Wallahu a'lam.



Pendapat sebahagian ulama' yang lain: Sekiranya dia mengetahui waktu yang tepat waktu berbuka di tempat yang sedang di laluinya, maka boleh dia berbuka mengikut waktu magrib tempat tersebut walaupun dia masih melihat matahari di dalam kapal terbang. Berdalilkan kaedah berpuasa dan berbuka dari nass hadis :

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
Berpuasalah kamu(umat islam) berdasarkan penglihatan(anak bulan Ramadhan) dan berhari rayalah kamu berdasarkan penglihatannya(anak bulan syawal)
Riwayat Al-Bukhari:

Bentuk Istidlal: Tidak disyaratkan bagi semua orang melihat anak bulan ramadhan dan aidilfitri, memadai bagi sebahagian berpuasa dengan penglihatan sebahagian yang lain.
Maka kaedahnya:  "Jika berada ditempat yang sama, penglihatan sebahagian sudah mencukupi bagi semua "orang berpuasa dan berbuka di kawasan tersebut
                                                            
            Maka boleh digunapakai kaedah diatas di dalam masalah boleh berbuka di atas kapal terbang ketika ketika melalui kawasan yang telah masuk waktu magrib sedangkan dia masih melihat matahari kerana berada di kedudukan yang tinggi, maka penglihatannya tidak digunapakai kerana dia berada di dalam keadaan luar dari adat manusia, maka hendaklah dia mengikut penglihatan terbenam matahari mengikut orang yang berada di atas bumi. Dan  kerana dia berada di dalam kawasan yang sama Cuma ketinggiannya berlainan, maka mengapa dia tidak boleh berbuka sedangkan orang-orang yang berada di bawahnya semuanya telah berbuka.

            Sekiranya dia tidak mengetahui waktu berbuka kawasan yang dilaluinya, maka hendaklah dia berbuka mengikut waktu berbuka dari negara dia berlepas berdasarkan kaedah:

"الأصل بقاء ما كان على ما كان"
 “Asal hukum ialah mengekalkan hukum terdahulu pada hukum sekarang”

Dan sabda Baginda s.a.w:
“Berpuasalah berdasarkan penglihatannya (anak bulan) dan berbukalah(berhari raya) berdasarkan penglihatannya, sekiranya ia tidak kelihatan maka sempurnakanlah bilangan hari bulan sya’ban tiga puluh hari”

 Bentuk istidlal: Mafhum hadis ini, sekiranya anak bulan tidak kelihatan atas sebab-sebab yang tertentu seperti cuaca buruk dan sebagainya, maka hendaklah dia mencukupkan bilangan bulan yang yakin iaitu 30 hari kerana 29 hari adalah bilangan bulan yang syak.

     Maka dalam masalah berbuka di atas kapal terbang, sekiranya dia tidak mengetahui waktu berbuka di kawasan tersebut, hendaklah dia berbuka mengikut waktu yang dia tahu dan yakin iaitu waktu kawasan dia berlepas. Dia masih boleh mengikut waktu tempat dia berlepas sehinggalah dia mendarat berdasarkan kaedah: “asal hukum iaitu menghukum waktu sekarang dengan waktu terdahulu sehinggalah dia mengetahui waktu sekarang yang yakin”



     Samalah seperti seorang yang dikurung di sebuah penjara yang dia tidak mengetahui waktu solat dan waktu berbuka, maka boleh baginya bersolat dan berbuka mengikut waktu mula-mula dia dipenjarakan walaupun waktu berubah-ubah. Wallaha’alam..


Oleh: Ustazah Siti Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Roslan
Panel Qawaid Fiqh- Darul Ifta'
Takhasus Fiqh Wal Usul
University Of Mu'tah.

Monday 1 August 2011

Sambut Ramadhan, Bukan Sambut Berbuka


Sambut ramadhan bukan sambut berbuka


     Ramadhan al-Mubarak yang telah hampir tiba, ramai orang telah membuat persiapan..Yang berniaga dengan gerai2 dan plan perniagaannya..Yang menjadi imam dengan memperkemaskan hafazan mereka.. AJK masjid dengan plan berbuka puasanya (iftor jamaie)..Ustaz2 dengan persiapan nota2 tazkirahnya..Budak2 dengan tabung untuk duit raya nya, ibu2 dengan kuih-muih dan pakaian rayanya dan berbagai lagi persedian dibuat untuk menyambut Ramadhan yang tercinta.

     Tapi normalnya tahukah anda ramai orang menunggu Ramadhan ni bukan untuk puasa yang utama, tapi berbuka itu yang dikejar. Ada yang bangun tidur waktu pagi tu dah mula merancang dan berkira-kira apa makanan untuk berbuka, di mana dia hendak membeli makanan itu nanti.. ”yelah puasa dah wajib nak tak nak kena puasa” kata seorang lelaki, Badrul bukan nama sebenar “tapi yang syoknya nak berbuka tu, boleh pergi membeli makanan di Baazar Ramadhan sambil mencuci mata”  tambah beliau lagi. Jadi apa sebenarnya yang dikejar dalam bulan Ramadhan ini?  Untuk berbuka atau berpuasa?

     Itulah salahnya persepsi ramai umat islam yang memang inilah menjadi trend masyarakat ketika berpuasa. Mereka tidak menantikan saat berpuasa itu yang sebenar, tetapi saat hendak berbuka nanti yang ditunggu, apakah ni betul bagi kita meraikan bulan yang mulia ini? Benarlah firman Allah s.w.t di dalam kitabnya yang suci Al-Quran : “dan jelaslah kerosakan di muka bumi kerana perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri” dari segi I’jaznya kita boleh mengatakan ‘kerosakan’ itu boleh ditafsirkan kerosakan benda dan agama. Nah, kita yang rosakkan agama kita, apakah kita masih tidak sedar?

     Islam itu elok kerana umatnya, rosak juga kerana umatnya.. mungkin ini lah pemikiran dan persepsi yang patut di ubah bagi semua umat islam. Yang patut ditunggu ialah selepas berbuka, saat untuk solat berjemaah, terawikh, berjumpa sahabat2 mendengar tazkirah di masjid atau surau2, dan bersiap siap diri dan jiwa untuk solat malam, mengaji dan membaca buku, sahur bagi puasa keesokkannya. Malam itu adalah ‘pintu’ atau ‘tirai’ bagi puasa keesokannya, janganla kita mempersia-siakan waktu yang diberikan Allah kepada kita pada waktu malam. Ini tidak, waktu siang hendak berbuka sanggup bersiap, pergi ke situ ke mari menunaikan hasrat untuk berbuka, tapi untuk sahur puasa hanya tidur dan bangun makan sahaja, ini tidak kena sama sekali.

     Kata seorang ‘mat saleh’ yang baru memeluk islam, “aku memeluk islam bukan kerana umat islam itu, tapi kerana ajaran islam itu yang betul”. Memang tidak boleh kita salahkan dia, kerana umat islam sekarang majoritinya sudah jadi “rojak”. islam separuh hidup, barat separuh hidup..jika nak difikirkan kehidupan,  memang orang agama lain susah hendak terima islam, sampah dibuang merata-rata, ekonomi yang penuh riba dan rasuah, anak buangan di sana sini, pakaian pun ala-ala mat saleh, kalau pakai islam pun waktu waktu tertentu sahaja. Di mana nilai tambah (added value) yang umat agama lain nak tengok untuk mereka menerima islam? Anda sendiri fikirkan dan buat penilaian. Sabda Rasulullah s.w,a yang bermaksud : “kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”..jika begitu Rasulullah s.a.w memberi nasihat, kita yang lebih mengetahui hakikat sebenar diri kita, dan kita lah yang patut memperbaiki diri dan masyarakat ini. Selamat menyambut ramdhan al-mubarak dari Darul Ifta’ Mutah.



Disediakan oleh : Wan Ahmad Fuad bin Wan Ahmad Kamil, 
Bayt Dimayq, 27 Julai 2011,
Panel Hadis-Darul Ifta', Mutah, Jordan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons