Respon ini diambil dari sebahagian borang muhasabah peserta.
Komentar:
1-Sound system perlu lebih kuat.
2-Masa tidak mencukupi. Lebihkan sedikit kepada penceramah luar seperti us ruzaimy dan lebihkan masa untuk sesi soal jawab.
3-Pihak Program lambat memberikan kertas kerja.
4-Projektor slide tidak Nampak.
5-Makanan: ayam kurang masak.
6-Coster lambat sampai. Moga lebih alert dengan masa.
7-Diharap program-program yang akan datang berjalan mengikut waktu yang ditulis di dalam tentatif.
8-Pemberian fail yang agak tidak terurus, kepilkan semua skali siap-siap.
9-Kurang pemahaman dari penyampaian orang Indonesia, jemput Malaysian.
10-3 slot dalam masa satu hari agak meletihkan, panjangkang tempoh program agar lebih ringan dan juga
tempoh praktikal dipanjangkan.
11-tak puas dengan praktikal..lebihkan masa.
12-Pengurusan perlu lebih sistematik.
13-Aktiviti secara berkumpulan kurang jelas dan memuaskan.
14-Tiada banner.
15- Kepentingan bahasa arab tidak diperingati di dalam seminar ini walapun diketahui bahawa bahasa arab adalah penting di dalam mengeluarkan hukum.
16-Permasalahan yang diberikan, susah mencari nas-nas di nota kaki kerana kitab tersebut tidak terdapat dalam maktabah syamilah..harap persoalan hendaklah dicuba terlebih dahulu oleh penganjur agar ia lebih lancar.
Darul Ifta': Pihak kami memohon kemaafan atas kekurangan di dalam mengendalikan program, ia disebabkan faktor kesibukan menghadapi second exam dan pelbagai bahas(asigment) yang perlu disiapkan menyebabkan persiapan program agak kurang memuaskan.
-Masa yang kesuntukkan juga menyebabkan agak tergesa2 di dalam setiap slot dan juga praktikal kerana malam awal dan juga tidak mahu peserta terbeban dengan tempoh pembentangan yang panjang dan juga memikirkan sabahat2 dari irbid yang akan pulang jauh.
-Kertas kerja lambat di serahkan kerana pihak kami baru menerimanya malam sebelum itu, jadi pagi sabtu barulah boleh difotostat.
Penghargaan:
3-Alhamdulillah-seminar yang baik dari darul Ifta’.
Selamat maju jaya dan tahniah kepada Darul Ifta kerana Berjaya melancarkan program ilmiah seperti ini.
5-Program ini amat baik kerana membantu dalam member pencerahan dan gambaran awal kaedah menyelesaikan permasalahan fiqh.
6-Dari pelajar JUST- Saya memang tertarik dengan program sebegini, terima kasih atas setiap pendedahan,pencerahan yang diberikan. Diharap membuka penyertaan kepada semua orang tanpa mengira takahsus.
Darul Ifta': Terima kasih di atas penghargaan antum... moga program-program selepas ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan terurus berserta modul-modul yang menarik dan mencabar insyallah.. Semangat cintakan ilmu yang ditunjukkan amatlah mengkagumkan..syabas!!
Cadangan:
1-Mengadakan forum 3 negara (Thailand, Indonesia, Malaysia) berhubung dengan pandangan ulamak berkenaan khilaf fuqaha’.
2-Mengadakan mengikut fasa-fasa berdasarkan silibus fiqh, bukannya sehari.
3-Tambahkan masa untuk praktikal kerana masa tidak mencukupi untuk perbahasan dan pembentangan.
4-Kurangkan yuran kepada peserta.
5-Mengadakan pembentangan beberapa kumpulan di hadapan agar peserta boleh Nampak apa yang mereka perolehi.
6-Melakukan dua hari, sehari teori dan sehari praktikal.
7-Banyakkan modul-modul perbincangan cara-cara mengeluarkan hukum.
8-Tunjukkan cara dahulu sebelum membuat praktikal supaya lebih faham. Panjangkan masa dan perbanyakkan lagi program-program seperti ini, sangat berguna!
9-Harap dapat buat diskusi dua hala antara panel postgraduate dan undergraduate.
10-Briefing dahulu atau sediakan tenik-teknik yang lebih jelas untuk peserta bagi mengeluarkan hujah dari kitab.
11-Perbanyakkan aktiviti praktikal disamping teori kerana “Practice makes perfect”
12-Tidak perlu hadkan bilangan peserta kerana ilmu sebegini bermanfaat untuk semua.
13-Best,seronok,penuh input- Buat di Irbid.
14-Jelaskan lagi penerangan tentang maktabah syamilah kerana tidak semua tahu tentang ilmu maktabah syamilah secara keseluruhannya.
15-Mebuat program susulan kepada program ini.seminar VOL 2.
16-Hias dewan walaupun sekadarnya agar segar mata dengan suasana seminar.
17-Menjalankan bengkel khas untuk mentarjih pendapat-pendapat ulamak.
19-Menurut pandangan peribadi, program ini terlalu baik untuk melahirkan mahasiswa yang boleh memahami perbahasan fiqh, oleh itu adakan program khusus berkaitan ilmu alat seeprti maqasid, dilalat dan qawaid.
20-Adakan sesi untuk mengetahu cara membaca kitab turath dengan baik, buat bengkel dalam 3-5 hari.
21-Bedah kitab-kitab bagi menarik lagi.
Darul Ifta: Cadangan dan pandangan antum akan kami pertimbangankan untuk dijalankan di masa-masa akan datang insyallah... Terima kasih atas idea dan pandangan yang bernas.
0 comments:
Post a Comment