Tuesday 20 December 2011

Majlis Tandatangan Perjanjian Darul Ifta' dengan MUTIARA Jordan.














Bismillahirrahmanirrahim....


     Alhamdulillah dengan keizinan Allah yang esa, pada hari ahad lepas telah disempurnakan tandatangan perjanjian di antara Darul Ifta' dengan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) sebagai pemodal bagi menerbitkan buku ketiga keluaran Darul Ifta' Publications "Wasiat Buatmu Sahabat".. 

     Tandatangan telah disempurnakan oleh Pengerusi darul Ifta' Ustaz Mohammad Amir bin Wan Harun beserta  Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) Ustaz Muhammad Zharif Bin Ahmad. 

Turut menurunkan tandatangan kedua, lajnah Penerbitan dan multimedia Darul Ifta' Ustazah Rabiatul Adawiyah Binti Roslan beserta Timbalan Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) Ustazah Nurul Azzah Binti Mohamad Nazdmi dan diakhiri dengan tandatangan saksi bagi kedua belah pihak, oleh Ustazah Nurhayati Binti yusof selaku Timbalan Pengerusi Darul Ifta' dan Ustaz Mohd Shakir Bin Shafiee selaku penasihat MUTIARA... 

Semoga ia menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan kukuh di masa hadapan insyallah....





Dari Kiri: Ustaz Mohd Shakir(Penasihat MUTIARA), Ustaz Zarif (YDP MUTIARA), Ustaz Mohammad Amir(Pengerusi Darul Ifta') , Ustaz Wan Ahmad Fuad (Ketua Lajnah Perbahasan Darul Ifta')




Penurunan Tandatangan oleh YDP MUTIARA Jordan (kiri) dan Pengerusi Darul Ifta'(kanan).





Tandantangan kedua oleh Timbalan YDP MUTIARA:  Ustazah Nurul Azzah (kiri) dan Lajnah Penerbitan dan multimedia Darul Ifta' : Ustazah rabiatul Adawiyah dan




Penyerahan bajet modal untuk menerbitkan buku "Wasiat uatmu Sahabat" oleh YDP MUTIARA kepada Pengerusi darul Ifta' Jordan.











Komentar dan cadangan dari respon peserta "aplikasi khazanah fiqh moden"






Respon ini diambil dari sebahagian borang muhasabah peserta.

Komentar:
1-Sound system perlu lebih kuat.

2-Masa tidak mencukupi. Lebihkan sedikit kepada penceramah luar seperti us ruzaimy dan lebihkan masa untuk sesi soal jawab.

3-Pihak Program lambat memberikan kertas kerja.

4-Projektor slide tidak Nampak.

5-Makanan: ayam kurang masak.

6-Coster lambat sampai. Moga lebih alert dengan masa.

7-Diharap program-program yang akan datang berjalan mengikut waktu yang ditulis di dalam tentatif. 

8-Pemberian fail yang agak tidak terurus, kepilkan semua skali siap-siap.

9-Kurang pemahaman dari penyampaian orang Indonesia, jemput Malaysian.

10-3 slot dalam masa satu hari agak meletihkan, panjangkang tempoh program agar lebih ringan dan juga 
tempoh praktikal dipanjangkan.

11-tak puas dengan praktikal..lebihkan masa.

12-Pengurusan perlu lebih sistematik.

13-Aktiviti secara berkumpulan kurang jelas dan memuaskan.

14-Tiada banner.

15- Kepentingan bahasa arab tidak diperingati di dalam seminar ini walapun diketahui bahawa bahasa arab adalah penting di dalam mengeluarkan hukum.

16-Permasalahan yang diberikan, susah mencari nas-nas di nota kaki kerana kitab tersebut tidak terdapat dalam maktabah syamilah..harap persoalan hendaklah dicuba terlebih dahulu oleh penganjur agar ia lebih lancar.

Darul Ifta':  Pihak kami memohon kemaafan atas kekurangan di dalam mengendalikan program, ia disebabkan faktor kesibukan menghadapi second exam dan pelbagai bahas(asigment) yang perlu disiapkan menyebabkan persiapan program agak kurang memuaskan.

-Masa yang kesuntukkan juga menyebabkan agak tergesa2 di dalam setiap slot dan juga praktikal kerana malam awal dan juga tidak mahu peserta terbeban dengan tempoh pembentangan yang panjang dan juga memikirkan sabahat2 dari irbid yang akan pulang jauh.

-Kertas kerja lambat di serahkan kerana pihak kami baru menerimanya malam sebelum itu, jadi pagi sabtu barulah boleh difotostat.


Penghargaan:

 1-Jazakumullahkahir. Persembahan kalian amat membanggakan.

 2-Alhamdulillah- Memberi semnagat untuk mendalami ilmu allah serta membuka minda untuk terus mengkaji    permasalahan fiqh.

3-Alhamdulillah-seminar yang baik dari darul Ifta’.

4- Program yang amat membuka mata dan minda dengan pencerahan yang diberikan berkenaan aplikasi khazanah fiqh. Aplikasi yang sangat mencabar dan pelbagai cara untuk menghadapi masyarakat. Pembentangan kertas kerja yang sangat menarik dan berguna.

Selamat maju jaya dan tahniah kepada Darul Ifta kerana Berjaya melancarkan program ilmiah seperti ini.
5-Program ini amat baik kerana membantu dalam member pencerahan dan gambaran awal kaedah menyelesaikan permasalahan fiqh.

6-Dari pelajar JUST- Saya memang tertarik dengan program sebegini, terima kasih atas setiap pendedahan,pencerahan yang diberikan. Diharap membuka penyertaan kepada semua orang tanpa mengira takahsus.

Darul Ifta': Terima kasih di atas penghargaan antum... moga program-program selepas ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan terurus berserta modul-modul yang  menarik dan mencabar insyallah.. Semangat cintakan ilmu yang ditunjukkan amatlah mengkagumkan..syabas!!

Cadangan:
1-Mengadakan forum 3 negara (Thailand, Indonesia, Malaysia) berhubung dengan pandangan ulamak berkenaan khilaf fuqaha’.

2-Mengadakan mengikut fasa-fasa berdasarkan silibus fiqh, bukannya sehari.

3-Tambahkan masa untuk praktikal kerana masa tidak mencukupi untuk perbahasan dan pembentangan.

4-Kurangkan yuran kepada peserta.

5-Mengadakan pembentangan beberapa kumpulan di hadapan agar peserta boleh Nampak apa yang mereka perolehi.

6-Melakukan dua hari, sehari teori dan sehari praktikal.

7-Banyakkan modul-modul perbincangan cara-cara mengeluarkan hukum.

8-Tunjukkan cara dahulu sebelum membuat praktikal supaya lebih faham. Panjangkan masa dan perbanyakkan lagi program-program seperti ini, sangat berguna!

9-Harap dapat buat diskusi dua hala antara panel postgraduate dan undergraduate.

10-Briefing dahulu atau sediakan tenik-teknik yang lebih jelas untuk peserta bagi mengeluarkan hujah dari kitab.

11-Perbanyakkan aktiviti praktikal disamping teori kerana “Practice makes perfect”

12-Tidak perlu hadkan bilangan peserta kerana ilmu sebegini bermanfaat untuk semua.

13-Best,seronok,penuh input- Buat di Irbid.

14-Jelaskan lagi penerangan tentang maktabah syamilah kerana tidak semua tahu tentang ilmu maktabah syamilah secara keseluruhannya.

15-Mebuat program susulan kepada program ini.seminar VOL 2.

16-Hias dewan walaupun sekadarnya agar segar mata dengan suasana seminar.

17-Menjalankan bengkel khas untuk mentarjih pendapat-pendapat ulamak.

19-Menurut pandangan peribadi, program ini terlalu baik untuk melahirkan mahasiswa yang boleh memahami perbahasan fiqh, oleh itu adakan program khusus berkaitan ilmu alat seeprti maqasid, dilalat dan qawaid.

20-Adakan sesi untuk mengetahu cara membaca kitab turath dengan baik, buat bengkel dalam 3-5 hari.

21-Bedah kitab-kitab bagi menarik lagi.

Darul Ifta: Cadangan dan pandangan antum akan kami pertimbangankan untuk dijalankan di masa-masa akan datang insyallah... Terima kasih atas idea dan pandangan yang bernas.

Saturday 10 December 2011








Seminar &Praktikal:

“Aplikasi Khazanah Fiqh Moden”
Persediaan mengharungi Arus Pemikiran Globalisasi


Slot 1 (Teori): Pembentangan Kertas Kerja:

1- Cabaran Pemikiran Fiqh Semasa dalam konteks keterbukaan dan sempadan”
Oleh: Ustaz Anwar Ridhuan- PHD WISE-

2-“Prinsip Bertaamul Dengan Khilaf Fuqaha’”
Oleh: Ustaz Rizki –Master Mu’tah-
                                                                             
3-Panduan Asas merujuk Kitab :
“Antara Priority dan Tatbiqi”
Oleh:  Ustaz  Amir Wan Harun- Pengerusi Darul Ifta’-

Slot 2( Praktikal):

-Latihan menjawab  Permasalahan fiqh mengikut waqieyyah dan realiti masyarakat semasa.


Yuran: JD3 sahaja.
Tempat: Mudarraj Kuliah Syariah, Universiti Mu’tah.
Tarikh: 17 Disember 2011(sabtu)

Tempat Adalah Terhad!!
Daftar segera nama anda kepada:

1-Ustaz Wan Ahmad Fuad(syabab)
YM: wanfuad_wan@yahoo.com (0776376974)

2-Ustazah Nor Haida(Akhwat)
YM: haida_edunk@yahoo.com (0779672974)

Thursday 20 October 2011

Badal haji, permasalahan dan kekeliruan di dalamnya.

  بسم الله الرحمن الرحيم 

Permasalahan berkenaan Badal Haji

Asal pensyariatan badal haji adalah berdasarkan hadis Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata:

“Adalah Al-Fadl bin Abbas r.a menunggang di belakang Rasulullah s.a.w , maka telah datang seorang wanita dari  Khasa’m dan Al-Fadl melihat kepadanya dan wanita itu melihat kepadanya, maka Rasulullah s.a.w memalingkan wajah Al-fadl ke arah lain. Maka wanita itu bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kefarduan Allah ke atas hambanya pada haji telah sampai ke atas ayahku sedangkan dia seorang tua yang tidak mampu bermusafir, adakah aku perlu mengerjakan haji baginya? Jawab Baginda s.a.w: (Ya) . Dan ketika itu adalah haji wida’”

Disepakat oleh Al-Bukhari dan Muslim dan lafaz hadis oleh Al-Bukhari.

Juga hadis yang diriwayatkan juga oleh Ibnu Abbas r.a:

“Bahawa seorang wanita dari Juhainah telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk mengerjakan haji, tetapi dia tidak mengerjakannya sehinggalah dia meninggal dunia, adakah aku perlu mengerjakan haji baginya? Jawab baginda s.a.w: (ya, kerjakanlah haji baginya, apakah pandangan kamu jika ibumu mempunyai hutang  adakah kamu perlu melangsaikan hutang tersebut  baginya? Langsaikan hutang Allah, kerana ia lebih berhak ditunaikan”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari r.a

Hukum-hukum yang berkaitan: 

                                      Pensyariatan badal haji di sisi fuqaha’.

(1) Jumhur mazhab Al-Syafiyyah, Al-Hanafiyyah dan Al-Hanabilah mengharuskan menggantikan haji bagi orang yang telah meninggal atau orang yang sakit berterusan yang tiada harapan untuk sembuh.

(2) Adapun Mazhab Al-Malikiyyah tidak mengharuskannya kerana haji adalah ibadah badan, maka apabila tidak mampu kerana kematian atau sakit ianya gugur dari kefarduan seorang mukallaf. 
Firman Allah:

“Allah telah menfardukan haji ke atas manusia bagi siapa yang mempunyai kemampuan perjalanan”  (al-Imran: 97)

Rajih:

-Pendapat  jumhur fuqaha’  kerana telah sabit hadis akan kesahihannya dari lisan baginda s.a.w dan telah mahsyur ia dilakukan oleh para sahabat r.a. Maka badal haji adalah disyariatkan di dalam islam.



          Adakah orang yang hendak melakukan badal haji kepada orang lain perlu mengerjakan haji dahulu untuk dirinya?

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Bahawa rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki berkata “labbaik bagi Syubrumah” Baginda s.a.w bertanya siapakah syubrumah? Jawabnya: Saudaraku atau kerabatku, lalu Baginda s.a.w bertanya: Adakah engkau telah mengerjakan haji bagi dirimu? Jawabnya: Tidak.  Lalu baginda s.a.w bersabda: Kerjakanlah haji bagimu, kemudian kerjakan pula bagi Syubrumah”

(1) Berdasarkan hadis ini Mazhab Al-Syafiyyah dan Al-Hanabilah mensyaratkan hendaklah orang  yang ingin mengerjakan haji bagi orang lain itu mengerjakan haji dahulu baginya sendiri.

(2) Al-hanafiyyah pula mengatakan ia bukanlah syarat wajib,  kerana baginda s.a.w tidak bertanya kepada wanita dari Khasa’m dalam hadis yang pertama dan wanita Juhainah pada hadis yang kedua adakah pernah mengerjakan haji bagi diri mereka dahulu? Dan kerana ia adalah hutang, dan menunaikan hutang bagi si mati adalah sah dan wajib walaupun dia sendiri berhutang.

Rajih:
-Pendapat As-syafiyyah dan Al-hanabilah kerana dalam hadis pertama ketika itu musim haji, maka tidak perlu bertanya adakah sudah mengerjakan haji atau belum , maka sudah tentu wanita itu juga sedang atau telah selesai menunaikan haji bagi dirinya.

-Adapun hadis kedua, ia adalah kewajipan nazar dan bukannya kefarduan seorang mukallaf, maka wajib adalah lebih rendah dari fardu maka dibolehkan menunaikan kewajipan nazar walaupun belum lagi mengerjakan kefarduan haji bagi dirinya. Adapun menunaikan kefarduan orang lain sedangkan dia belum lagi menunaikan kefarduan atas dirinya adalah tidak sah.

-Hutang  barang adalah berkaitan dengan harta semata-mata, maka ia boleh dibayar oleh orang lain walaupun orang itu sendiri berhutang, adapun Haji ia berkaitan dengan  harta dan badan, oleh itu hutang barang tidak boleh diqiaskan kepada hutang  haji.




  Bolehkan seseorang melakukan badal haji kepada 2 orang atau lebih dalam satu masa?

(1) Kesepakatan fuqaha’ tidak mengharuskannya.

Syeikh Al-Marghinani  Al-Hanafi menyebut dalam Al-Hidayah:

“Siapa yang disuruh oleh dua orang supaya mengerjakan haji bagi setiap mereka, dan dia berihram dengan berniatkan kedua-duanya, niat itu tidak sah dan haji itu hanya pada orang yeng mengerjakan itu sahaja.  Kerana dia disuruh mengerjakan haji tanpa terdapat perkongsian, maka tidak mungkin haji itu jatuh dari salah seorang dari keduanya kerana tiada keutamaan dari orang pertama atau kedua”

Ibnu Qudamah Al-Hanabilah  menyebut dalam Al-Mughni:

“Sesiapa yang berihram dengan niat untuk dirinya dan juga orang lain, maka niat itu hanya sah pada dirinya sahaja kerana tidak mungkin niat itu jatuh pada kedua-dua orang pada masa yang sama”

Berkata Imam As-Syafie r.a. di dalam Al-Umm:

“Jika dua orang lelaki mengupah seorang lelaki untuk mengerjakan haji bagi ibu bapa kedua-dua mereka, maka dia keluar berihram bagi kedua-duanya serentak, maka batal niat pada kedua-duannya, dan haji itu sah pada dirinya sahaja”

Wallaha’lam….

Panel Taqyif Fiqh,
Darul Ifta'
University Of Mu'tah, Jordan.
20/10/2011 (12:16 am)

Monday 3 October 2011

·     
A

Asal pensyariatan memberi salam dan menjawab salam berdasarkan firman Allah Taala:
Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
An-Nisa’: 86.
Ibnu Abbas berkata: Ayat ini menunjukkan kepada penghormatan dengan salam. Iaitu jika seseorang memberi salam kepadamu, hendaklah dijawab dengan penghormatan salam yang lebih baik darinya(وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته). Atau menjawab sepertima dia memberi salam kepadamu.(وعليكم السلام)
-Tafsir Kabir oleh Imam At-Tabrani.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Ø­َÙ‚ُّ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ Ø®َÙ…ْسٌ رَدُّ السَّلاَÙ…ِ ÙˆَعِÙŠَادَØ©ُ الْÙ…َرِيضِ Ùˆَاتِّبَاعُ الْجَÙ†َائِزِ ÙˆَØ¥ِجَابَØ©ُ الدَّعْÙˆَØ©ِ ÙˆَتَØ´ْÙ…ِيتُ الْعَاطِسِ.
“Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputannya dan memberi minum pada orang yang haus”
Diriwayatkan oleh Muslim:5777.

Adapun seseorang itu menjawab salam yang dikiramkan kepadanya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
Bahawa seorang lelaki datang kepada rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu. Maka Jawab baginda : "وعليك وعليه السلام"
Adapun salam yang didengari di dalam radio dan TV memadai salah seorang pendengar untuk menjawab. Dan orang yang diutamakan untuk menjawab adalah mereka2 yang berada di studio terutamanya penonton atau krew-krew rancangan kerana merekalah yang paling dekat dengan pemberi salam.
Sabda rasulullah s.a.w :
“Memadai bagi satu jemaah jika mereka melalui suatu tempat salah seorang dari mereka memeberi salam, dan memadai bagi salah seorang yang duduk menjawabnya”
Diriwayatkan oleh Ahmad, dan Baihaqi dengan sanad yang lemah.
Berkata Imam Nawawi di dalam syarah An-Nawawi:
“Apabila diberi salam pada suatu jemaah, menjadi fardu kifayah kepada jemaah itu untuk menjawab, jika salah seorang menjawab maka terjatuh kefarduan terhadap orang lain”
Menjawab salam dari tulisan adalah wajib berdasarkan umum nass menjawab salam, samada menjawab dengan mulut kerana salam itu adalah doa kepada muslim, atau menulis kembali ucapan salam itu kepadanya berdasarkan qaedah fiqh:
"الكتابة كالخطابة"
“Penulisan itu adalah seumpama ucapan.”
Wallaha’lam…….

Monday 26 September 2011

Haram berbaiah kepada selain pemimpin negara.



Hukum berbaiah kepada selain pemerintah negara.

Soalan: Sesetengah jemaah sekarang ini membaiah kepada ketua mereka yang dipilih dikalangan mereka sendiri, dan mereka melihat bahawa wajib “mendengar dan taat” kepada ketua mereka, serta tidak boleh membatalkan baiah mereka kerana mereka merasakan  berada di bawah penguasaan pemimpin yang diiktiraf syara’ yang wajib dibaiah oleh semua umat islam. Adakah harus baiah tersebut?

Jawapan:
             Baiah tersebut adalah batil dan tidak diharuskan melakukannya kerana ia bida’h, serta membawa kepada fitnah perpecahan umat islam yang banyak.

          Ia adalah bida’h kerana semua hadis-hadis serta kisah para sahabat tiada satu pun diriwayatkan bahawa mereka berbaia’h melainkan kepada Rasulullah s.a.w dan para khulafa’ islamiyah iaitu pemimpin negara dan juga kepada panglima perang sahaja.

          Berkata jarir bin Abdullah r.a.: 

“Aku telah berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menasihati umat islam”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

        Para sahabat telah berbaiah kepada Abu bakar r.a, Umar r.a, Ustman r.a dan Ali r.a sebagai khalifah islamiyah.

        Tidak berlaku dalam sejarah islam terdahulu dibaiah khalifah islamiyah, dan dalam masa yang sama dibaiah juga pemimpin-pemimpin bawahan… Bahkan Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa  Abi Hurairah r.a berkata:  Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Jika dibaiah dua khalifah, maka bunuhlah salah satu dari keduanya”

        Mereka yang mengharuskannya mengatakan bahawa rasulullah s.a.w telah dibaiah di Aqobah, dan ketika itu masih belum wujud negara khilafah islamiyah, maka menunjukkan keharusan berbaiah kepada selain pemimpin negara.

         Kami menjawab, baiah adalah khususiat baginda s.a.w sahaja pada ketika itu, dalilnya:  Kandungan baiah ketika baiah Aqobah pertama seperti yang diriwayatkan dari Ubadah Bin Somit r.a. bahawa baiah ketika itu hanyalah pada tidak mensyirikkan Allah Taala, tidak berzina, tidak mencuri dan tidak membunuh anak kecil.

        Baiah kepada selain pemimpin negara menyebabkan perpecahan kepada umat islam kerana jika setiap orang itu mahu dirinya dibaiah, maka akan terpecahlah kesatuan umat, maka akan terdapat di dalam sebuah negara ratusan pemimpin dan imam.. 

     Dan juga mengharuskan baiah kepada sesiapa sahaja akan menyebabkan baiah itu dijadikan asas penguasaan ke atas sesuatu individu untuk kepentingan peribadi, dan ia diharamkan syara’

        Sabda Baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Ma’mar r.a :

“Siapa yang mengeksploitasi maka dia berdosa”
(Diriwayatkan oleh Muslim)

-Walaupun hadis ini mengisyaratkan eksploitasi baranagan di pasar sehingga ia menjadi mahal, tetapi mengeksploitasi pemikiran manusia adalah lebih besar dari itu. Wallaha'lam....

Saturday 24 September 2011

Hukum bersanding, dan janda mengahwinkan dirinya sendiri...


Pertanyaan dari seorang sahabat berkenaan amalan bersanding dan makan beradab di dalam perkahwinan, dan juga berkenaan wali bagi wanita janda.

Assalamualaikum…

Soalan pertama:
ada setengah phk mengatakn adat bersanding d ats pelamin & mkn beradab adlh bid'ah..sejauh mnkah kebenaran t'sebut??? 

d katakn adat bersanding itu merupakan amalan agama Buddha & amalan t'sebut jg d katakn amaln yg m'bazir...

manakala adat mkn b'adab pula,d katakn blh menimbulkn sifat riak,takabbur & sbginya..lazimnya,hidangan yg d hidangkn kpd kedua mempelai special n 'mewah'..jika ad d kalangan para tetamu yg hadir melihatnya & berasa t'ingin t'hdp hidangan t'sebut,bukankah ianya blh menimbulkan dosa kpd tuan rumah???

ad jg phk yg menyatakn,adat ini bleh dilakukn ttpi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..spt mkn d dlm rumah ke atau sbgainya..


Bismillahirrahmanirrhim….
Segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, selawat dan salam keatas rasulnya Muhammad s.a.w…
Jawapan soalan Pertama:


1-Bidah adalah amalan yang berkaitan dengan ibadat sahaja, Imam As-Syatibie r.a mentakrifkan bidah sebagai:

“Suatu bentuk jalan di dalam agama yang direka yang menyerupai syara’ yang dimaksudkan dengan menyusurinya supaya berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada Allah Taala”

-Maka berdasarkan tarif ini, bersanding itu tidak termasuk di dalam bidah, tetapi ia adalah adat yang fasid kerana secara umunya terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan tuntutan syara’ seperti memperagakan pasangan pengantin kepada tetamu yang hadir, berlebih-lebih dalam berhias sehingga membawa kepada tabarruj’(amalan jahiliyah yang dilarang dalam islam) pembaziran dari segi kewangan dan makanan, menimbulkan riya’ dan sebagainya…


2-Pada asalnya amalan bersanding ini berasal dari agama hindu, iaitu agama asal penduduk Tanah Melayu ketika dahulu, selepas kedatangan islam sedikit-demi sedikit adat ini mula berubah menjadi adat penduduk Melayu Islam… Tetapi bagi saya, bersanding bukan lah amalan agama hindu, tetapi ia adalah amalan kaum india yang diselitkan beberapa unsur kerohanian agama hindu di dalamnya, samalah seperti amalan  menyambut hari lahir, amalan senaman  yoga dan sebagainya, maka apabila unsur kerohanian agama itu disingkirkan ia kembali menjadi adat sesebuah kaum, dan adat itu jika tiada apa-apa yang bertentangan dengan islam ia adalah harus.

Firman Allah Taala:

“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan  uruf(amalan) Yang baik, serta berpalinglah dari orang-orang Yang jahil “
(Al-A’raf: 199)


3-Berkenaan makan beradap pula, ia bergantung kepada niat tuan rumah, jika dibuat dengan berlebih-lebihan untuk menunjukkan kemegahan ia adalah di larang oleh syara’.

Sabda rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat”
“Dibangkitkan manusia di atas niat mereka”
(Riwayat Al-Bukhari)

-Adapun jika para tetamu yang hadir melihat dan berasa teringin dengan makanan pengantin, ia tidaklah menyebabkan dosa kerana makanan itu bukanlah milik tetamu sehinggaka wajib diberikan, samalah seperti seorang yang melihat kereta mewah dan teringin akan kereta tersebut.
Cuma sebagai adab islam, sepatutnya tidak dibezakan-bezakan makanan pengantin dan tetamu. Tiada aibnya jika makanan diambil dari makanan tetamu dan dihias dengan lebih cantik untuk sang pengantin.

Nabi juga bersabda:

“Seburuk-buruk makanan adalah makanan kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya dan ditinggalkan orang-orang miskin”
 (Diriwayatkan oleh Muslim)

Maka janganlah dibezakan jemputan kenduri, dan janganlah dibezakan juga makanan yang dihidangkan kepada tetamu jemputan.


4-Ada  juga pihak yang menyatakn,adat ini boleh dilakukn tetapi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..sepeti mkn di dalam rumah atau sebagainya..

Ya, itulah yang sebaiknya, kerana akhlak seorang wanita muslim itu dia menutupi dirinya melainkan kepada orang yang dihalalkan melihat kepadanya.


Soalan kedua:
wali merupakn salah 1 dari syarat sah nikah..tetapi kenapa ramai yg mengatakan seorang janda itu tidak perlu wali jika dia mahu nikah lain?? mohon penjelasan dr soaln t'sebut..barakallahu fikum..wallahhu'alam..



Jawapan soalan kedua:

1-Jumhur mazhab melainkan Abu Hanifah berpendapat bahawa seorang gadis tidak boleh berkahwin melainkan dengan berwali. Berdalilkan:

Sabda baginda s.a.w:

“Tiada pernikahan melainkan dengan wali”
(Riwayat Al-Bukhari)


“Mana-mana wanita yang berkahwin tanpa izin walinya, maka pernikahannya batil,pernikahannya batil, pernikahannya batil”
(Diriwayatkan oleh Abu Dau dan Tirmizi dengan sanad hasan)


2-Adapun janda, jumhur mazhab mengatakan bahawa janda boleh mengkahwinkan dirinya sendiri, maksudnya  seorang wali tidak boleh memaksa janda untuk berkahwin, dan menjadi  adab seorang wanita itu dia mewakilkan kepada walinya untuk mengakadkan perkahwinan tersebut bagi pihaknya. Bukannya dia sendiri yang mengakadkan nikah. Berdalilkan:

Sabda nabi s.a.w:

“Dan Seorang janda itu, hendaklah diminta izin darinya(dalam perkahwinan)”
(Riwayat Al-Bukhari)

Dari Al-Khansa’ Binti Khizam Al-Ansori r.a :

“Bahawa ayahnya mengkahwinkannya sedangkan dia seorang janda, dan dia tidak menyukai pekahwinan tersebut lalu mendatangi baginda s.a.w. Lalu baginda s.a.w membatalkan perkahwinan tersebut
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Sabda nabi s.aw:

“Seorang janda itu lebih berkah keatas dirinya dari walinya”

(Diriwayatkan oleh Muslim)
Wallaha’lam…..


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons