Pertanyaan: Seorang lelaki telah mengahwinkan anak perempuannya sedangkan anak itu adalah anak yang terhasil sebelum berkahwin, bagaimanakah status perkahwinan anak perempuannya itu di sisi islam?
Dan bagaimana pula dengan perundangan di Malaysia terhadap status perkahwinan itu?
Segala puji kepada Allah, selawat dan salam pada rasulnya..
Di sisi Islam anak luar nikah tidak dinisbahkan kepada ayahnya melainkan pengharaman "musoharoh" di sisi jumhur ulamak. Oleh itu dia tidak boleh menjadi wali kepada anak luar nikahnya. Tetapi terdapat beberapa penyelesaian dalam masalah ini:
1- Sekiranya yang menikahkan wanita tadi adalah jurunikah yang dilantik oleh pemerintah, maka pernikahan tersebut sah kerana jurunikah mempunyai "wilayah amm" kerana dia menggantikan tugasan qodhi atau hakim yang menjadi wali bagi siapa yang tidak mempunyai wali.
2-Sekiranya yang menikahkan anaknya itu ayah itu sendiri, maka boleh digunapakai pendapat mazhab Al-Hanafiyah bahawa bagi wanita yang tidak mempunyai wali dari sebelah ayahnya, maka ibunya boleh menjadi wali pernikahannya dan seolah-oleh ibunya mewakilkan suaminya untuk mengakad nikah dan pernikahan tersebut sah. Pendapat ini lebih sesuai digunakan supaya aib keluarga tidak tersebar dan akan mendatang pelbagai mafsadah kepada pasangan tersebut.
Adapun di sisi undang-undang, sekiranya anak tersebut diakui adalah anak kepada ayahnya dan termaktub di dalam sijil kelahiran, maka tiada apa2 kemushkilan di dalam akad nikah. Kerana undang-undang menghukum secara zahir, tidak pada batin sesuatu. Wallah alam...
Darul Ifta, 12:17 AM 14/7/2011

0 comments:
Post a Comment