Pertanyaan dari seorang sahabat berkenaan amalan bersanding dan makan beradab di dalam perkahwinan, dan juga berkenaan wali bagi wanita janda.
Assalamualaikum…
Soalan pertama:
ada setengah phk mengatakn adat bersanding d ats pelamin & mkn beradab adlh bid'ah..sejauh mnkah kebenaran t'sebut???
d katakn adat bersanding itu merupakan amalan agama Buddha & amalan t'sebut jg d katakn amaln yg m'bazir...
manakala adat mkn b'adab pula,d katakn blh menimbulkn sifat riak,takabbur & sbginya..lazimnya,hidangan yg d hidangkn kpd kedua mempelai special n 'mewah'..jika ad d kalangan para tetamu yg hadir melihatnya & berasa t'ingin t'hdp hidangan t'sebut,bukankah ianya blh menimbulkan dosa kpd tuan rumah???
ad jg phk yg menyatakn,adat ini bleh dilakukn ttpi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..spt mkn d dlm rumah ke atau sbgainya..
d katakn adat bersanding itu merupakan amalan agama Buddha & amalan t'sebut jg d katakn amaln yg m'bazir...
manakala adat mkn b'adab pula,d katakn blh menimbulkn sifat riak,takabbur & sbginya..lazimnya,hidangan yg d hidangkn kpd kedua mempelai special n 'mewah'..jika ad d kalangan para tetamu yg hadir melihatnya & berasa t'ingin t'hdp hidangan t'sebut,bukankah ianya blh menimbulkan dosa kpd tuan rumah???
ad jg phk yg menyatakn,adat ini bleh dilakukn ttpi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..spt mkn d dlm rumah ke atau sbgainya..
Bismillahirrahmanirrhim….
Segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, selawat dan salam keatas rasulnya Muhammad s.a.w…
Jawapan soalan Pertama:
1-Bidah adalah amalan yang berkaitan dengan ibadat sahaja, Imam As-Syatibie r.a mentakrifkan bidah sebagai:
“Suatu bentuk jalan di dalam agama yang direka yang menyerupai syara’ yang dimaksudkan dengan menyusurinya supaya berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada Allah Taala”
-Maka berdasarkan tarif ini, bersanding itu tidak termasuk di dalam bidah, tetapi ia adalah adat yang fasid kerana secara umunya terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan tuntutan syara’ seperti memperagakan pasangan pengantin kepada tetamu yang hadir, berlebih-lebih dalam berhias sehingga membawa kepada tabarruj’(amalan jahiliyah yang dilarang dalam islam) pembaziran dari segi kewangan dan makanan, menimbulkan riya’ dan sebagainya…
2-Pada asalnya amalan bersanding ini berasal dari agama hindu, iaitu agama asal penduduk Tanah Melayu ketika dahulu, selepas kedatangan islam sedikit-demi sedikit adat ini mula berubah menjadi adat penduduk Melayu Islam… Tetapi bagi saya, bersanding bukan lah amalan agama hindu, tetapi ia adalah amalan kaum india yang diselitkan beberapa unsur kerohanian agama hindu di dalamnya, samalah seperti amalan menyambut hari lahir, amalan senaman yoga dan sebagainya, maka apabila unsur kerohanian agama itu disingkirkan ia kembali menjadi adat sesebuah kaum, dan adat itu jika tiada apa-apa yang bertentangan dengan islam ia adalah harus.
Firman Allah Taala:
“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan uruf(amalan) Yang baik, serta berpalinglah dari orang-orang Yang jahil “
(Al-A’raf: 199)
3-Berkenaan makan beradap pula, ia bergantung kepada niat tuan rumah, jika dibuat dengan berlebih-lebihan untuk menunjukkan kemegahan ia adalah di larang oleh syara’.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat”
“Dibangkitkan manusia di atas niat mereka”
(Riwayat Al-Bukhari)
-Adapun jika para tetamu yang hadir melihat dan berasa teringin dengan makanan pengantin, ia tidaklah menyebabkan dosa kerana makanan itu bukanlah milik tetamu sehinggaka wajib diberikan, samalah seperti seorang yang melihat kereta mewah dan teringin akan kereta tersebut.
Cuma sebagai adab islam, sepatutnya tidak dibezakan-bezakan makanan pengantin dan tetamu. Tiada aibnya jika makanan diambil dari makanan tetamu dan dihias dengan lebih cantik untuk sang pengantin.
Nabi juga bersabda:
“Seburuk-buruk makanan adalah makanan kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya dan ditinggalkan orang-orang miskin”
Maka janganlah dibezakan jemputan kenduri, dan janganlah dibezakan juga makanan yang dihidangkan kepada tetamu jemputan.
4-Ada juga pihak yang menyatakn,adat ini boleh dilakukn tetapi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..sepeti mkn di dalam rumah atau sebagainya..
Ya, itulah yang sebaiknya, kerana akhlak seorang wanita muslim itu dia menutupi dirinya melainkan kepada orang yang dihalalkan melihat kepadanya.
Soalan kedua:
wali merupakn salah 1 dari syarat sah nikah..tetapi kenapa ramai yg mengatakan seorang janda itu tidak perlu wali jika dia mahu nikah lain?? mohon penjelasan dr soaln t'sebut..barakallahu fikum..wallahhu'alam..
Jawapan soalan kedua:
1-Jumhur mazhab melainkan Abu Hanifah berpendapat bahawa seorang gadis tidak boleh berkahwin melainkan dengan berwali. Berdalilkan:
Sabda baginda s.a.w:
“Tiada pernikahan melainkan dengan wali”
(Riwayat Al-Bukhari)
“Mana-mana wanita yang berkahwin tanpa izin walinya, maka pernikahannya batil,pernikahannya batil, pernikahannya batil”
(Diriwayatkan oleh Abu Dau dan Tirmizi dengan sanad hasan)
2-Adapun janda, jumhur mazhab mengatakan bahawa janda boleh mengkahwinkan dirinya sendiri, maksudnya seorang wali tidak boleh memaksa janda untuk berkahwin, dan menjadi adab seorang wanita itu dia mewakilkan kepada walinya untuk mengakadkan perkahwinan tersebut bagi pihaknya. Bukannya dia sendiri yang mengakadkan nikah. Berdalilkan:
Sabda nabi s.a.w:
“Dan Seorang janda itu, hendaklah diminta izin darinya(dalam perkahwinan)”
(Riwayat Al-Bukhari)
Dari Al-Khansa’ Binti Khizam Al-Ansori r.a :
“Bahawa ayahnya mengkahwinkannya sedangkan dia seorang janda, dan dia tidak menyukai pekahwinan tersebut lalu mendatangi baginda s.a.w. Lalu baginda s.a.w membatalkan perkahwinan tersebut”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
Sabda nabi s.aw:
“Seorang janda itu lebih berkah keatas dirinya dari walinya”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Wallaha’lam…..
0 comments:
Post a Comment