بسم الله الرحمن الرحيم
Pertanyaan dari seorang sahabat:
Adakah salam dari radia dan TV wajib dijawab?
Adakah salam dari tulisan seperti surat, mesej dan chat juga wajib dijawab?
1-Asal pensyariatan memberi salam dan menjawab salam berdasarkan firman Allah Taala:
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu".
An-Nisa’: 86.
Ibnu Abbas r.a berkata:
"Ayat ini menunjukkan kepada penghormatan dengan salam. Iaitu jika seseorang memberi salam kepadamu, hendaklah dijawab dengan penghormatan salam yang lebih baik darinya(وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته). Atau menjawab sepertima dia memberi salam kepadamu.(وعليكم السلام)
-Tafsir Kabir oleh Imam At-Tabrani.
Sabda Rasulullah s.a.w:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ.
“Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputannya dan memberi minum pada orang yang haus”
Diriwayatkan oleh Muslim:5777.
2-Adapun seseorang itu menjawab salam yang dikiramkan kepadanya juga adalah wajib berdasarkan umum hadis menjawab salam dan juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
Bahawa seorang lelaki datang kepada rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu. Maka Jawab baginda :"وعليك وعليه السلام"
3-Manakala salam yang didengari di dalam radio dan TV, memadai salah seorang pendengar untuk menjawab. Dan orang yang diutamakan untuk menjawab adalah mereka2 yang berada di studio terutamanya penonton atau krew-krew rancangan kerana merekalah yang paling dekat dengan pemberi salam.
Sabda rasulullah s.a.w :
“Memadai bagi satu jemaah jika mereka melalui suatu tempat salah seorang dari mereka memeberi salam, dan memadai bagi salah seorang yang duduk menjawabnya”
Diriwayatkan oleh Ahmad, dan Baihaqi dengan sanad yang lemah.
Berkata Imam Nawawi di dalam syarah An-Nawawi:
“Apabila diberi salam pada suatu jemaah, menjadi fardu kifayah kepada jemaah itu untuk menjawab, jika
salah seorang menjawab maka terjatuh kefarduan terhadap orang lain”
4-Menjawab salam dari tulisan adalah wajib berdasarkan umum nass menjawab salam, samada menjawab dengan mulut kerana salam itu adalah doa kepada muslim, atau menulis kembali ucapan salam itu kepadanya berdasarkan qaedah fiqh:
"الكتابة كالخطابة"
“Penulisan itu adalah seumpama ucapan.”
Wallaha’lam…….
0 comments:
Post a Comment