Hukum berbaiah kepada selain pemerintah negara.
Soalan: Sesetengah jemaah sekarang ini membaiah kepada ketua mereka yang dipilih dikalangan mereka sendiri, dan mereka melihat bahawa wajib “mendengar dan taat” kepada ketua mereka, serta tidak boleh membatalkan baiah mereka kerana mereka merasakan berada di bawah penguasaan pemimpin yang diiktiraf syara’ yang wajib dibaiah oleh semua umat islam. Adakah harus baiah tersebut?
Jawapan:
Baiah tersebut adalah batil dan tidak diharuskan melakukannya kerana ia bida’h, serta membawa kepada fitnah perpecahan umat islam yang banyak.
Ia adalah bida’h kerana semua hadis-hadis serta kisah para sahabat tiada satu pun diriwayatkan bahawa mereka berbaia’h melainkan kepada Rasulullah s.a.w dan para khulafa’ islamiyah iaitu pemimpin negara dan juga kepada panglima perang sahaja.
Berkata jarir bin Abdullah r.a.:
“Aku telah berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menasihati umat islam”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
Para sahabat telah berbaiah kepada Abu bakar r.a, Umar r.a, Ustman r.a dan Ali r.a sebagai khalifah islamiyah.
Tidak berlaku dalam sejarah islam terdahulu dibaiah khalifah islamiyah, dan dalam masa yang sama dibaiah juga pemimpin-pemimpin bawahan… Bahkan Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika dibaiah dua khalifah, maka bunuhlah salah satu dari keduanya”
Mereka yang mengharuskannya mengatakan bahawa rasulullah s.a.w telah dibaiah di Aqobah, dan ketika itu masih belum wujud negara khilafah islamiyah, maka menunjukkan keharusan berbaiah kepada selain pemimpin negara.
Kami menjawab, baiah adalah khususiat baginda s.a.w sahaja pada ketika itu, dalilnya: Kandungan baiah ketika baiah Aqobah pertama seperti yang diriwayatkan dari Ubadah Bin Somit r.a. bahawa baiah ketika itu hanyalah pada tidak mensyirikkan Allah Taala, tidak berzina, tidak mencuri dan tidak membunuh anak kecil.
Baiah kepada selain pemimpin negara menyebabkan perpecahan kepada umat islam kerana jika setiap orang itu mahu dirinya dibaiah, maka akan terpecahlah kesatuan umat, maka akan terdapat di dalam sebuah negara ratusan pemimpin dan imam..
Dan juga mengharuskan baiah kepada sesiapa sahaja akan menyebabkan baiah itu dijadikan asas penguasaan ke atas sesuatu individu untuk kepentingan peribadi, dan ia diharamkan syara’
Sabda Baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Ma’mar r.a :
“Siapa yang mengeksploitasi maka dia berdosa”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
-Walaupun hadis ini mengisyaratkan eksploitasi baranagan di pasar sehingga ia menjadi mahal, tetapi mengeksploitasi pemikiran manusia adalah lebih besar dari itu. Wallaha'lam....
0 comments:
Post a Comment