Saturday 19 May 2012

PENGAJARAN DARI SURAH AL-KAHFI [1]


Allah swt. telah menurunkan Al-quran itu sebagai penunjuk jalan dan pedoman bagi seluruh manusia dalam setiap perbuatan dan amalan seharian dan ketahuilah bahawa mukjizat Al-Quran itu sangat besar sehinggakan setiap satu ayat dan surah di dalamnya penuh dengan maksud dan isi-isi yang tersirat sesuai sepanjang zaman.

Kuliah kali ini membicarakan mengenai pengajaran yang boleh diambil dari Surah Al-Kahfi, dan perkaitan ibrah dari surah tersebut dengan hadis mengenai fitnah Dajjalyang boleh kita sama-sama fahami, amalkan dan seterusnya menyampaikan kepada yang lain. Dan seharusnya setiap muslim wajib mengambil iktibar dalam setiap kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran.

Dalam hadis nabi saw:

روى ابن ماجه في سننه وابن خزيمة في صحيحه والحاكم في المستدرك وصحح الحديث الشيخ الألباني من حديث أبي أمامة الباهلي أن الحبيب قال: ((إنها لم تكن فتنة على وجه الأرض منذ ذرأ اللـه ذرية آدم أعظم من فتنة المسيح الدجال ولم يبعث اللـه نبيا إلا وقد أنذر قومه الدجال، وأنا آخر الأنبياء، وأنتم آخر الأمم، وهو خارج فيكم لا محالة ،فإن يخرج الدجال وأنا بين أظهركم فأنا حجيج لكل مسلم، وإن يخرج الدجال من بعدي فكل امريء حجيج نفسه، واللـه خليفتي على كل مسلم)).

Maka dapat disimpulkan bahawa dajjal itu samada ianya dalam bentuk makhluk atau pun satu kuasa besar(fitnah), ianya akan datang membawa ujian kepada umat manusia dengan empat cara: 


1- FITNAH BAHAWA DAJJAL ADALAH NABI DAN MENSYIRIKKAN ALLAH  

Dajjal akan mengaku bahawa dia adalah nabi dan memaksa manusia untuk meninggalkan agama Islam dengan menawarkan bahawa dia akan menunaikan apa sahaja yang hajat yang diminta oleh manusia selagi mana manusia tersebut terus menerus mensyirikkan Allah. 

Dan asal perkataan dajjal itu bermaksud penipu (yang menyesatkan umat Islam). Hal ini boleh kita sesuaikan dengan sistem monopoli ekonomi dunia pada zaman ini oleh kuasa-kuasa besar yang ada, yang menindas negara miskin – bantuan ada, akan kami berikan, anda cuma perlu akui kami sebagai kuasa besar dunia- ‘just say that we are the God, and we’ll give you everything you want, and if you accept this offer, you and your country will not suffer in hunger’. 

Dengan ini, mereka yang  mengawal sistem ekonomi dunia seumpama menjadi ‘tuhan’ kepada negara-negara miskin yang langsung tidak akan ada peluang untuk mengatasi masalah ekonomi dan kemunduran negara mereka.

Juga,pelbagai janji yang ditabur oleh Dajjal asalkan agama ditinggalkan dan Dajjal diakui sebagai tuhan seperti dalam hadis berikut:

وفي حديث أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه قال النبي صلى الله عليه وسلم عن الدجال : " وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَقُولَ لأَعْرَابِيٍّ أَرَأَيْتَ إِنْ بَعَثْتُ لَكَ أَبَاكَ وَأُمَّكَ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ : نَعَمْ . فَيَتَمَثَّلُ لَهُ شَيْطَانَانِ فِي صُورَةِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَيَقُولانِ يَا بُنَيَّ اتَّبِعْهُ فَإِنَّهُ رَبُّكَ " رواه ابن ماجه برقم 4067 . وصححه الألباني ( صحيح الجامع الصغير / حديث رقم 7752 ) .
2

2- FITNAH KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN

Dia akan mengarahkan awan supaya menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan kekayaannya.
Mereka mengawal sistem pengairan pada waktu tersebut dan menawarkan untuk memberikan pengairan yang baik kepada tanaman-tanaman, dan seterusnya tanaman-tanaman akan menghasilkan keuntungan dan kemewahan yang berlipat kali ganda.


3- FITNAH ILMU 

Fitnah ilmu, mereka yang berada di pihak kebenaran akan dianggap pihak yang batil, Begitu juga sebaliknya.
Dajjal menjanjikan bahawa mereka yang berada bersama Dajjal tersebut akan dipandang tinggi dan diangkat menjadi pejuang kebenaran walhal pada hakikatnya ia adalah batil.

Benar hadis nabi bahawa akhir zaman para ulama’ akan diangkat dan akan berkurangan di dunia.
Kuasa penyebar ilmu (media) akan dimanipulasi oleh agen Dajjal, menyebabkan segala ilmu yang ada hilang nilai keasliannya dan ilmu-ilmu yang disebarkan telah diolah dan dimanipulasi mengikut kepentingan tertentu.
 
فقد ورد أن معه جنة وناراً ، جنته ناره وناره جنته ، وأن معه أنهار الماء وجبال الخبز ، ويأمر السماء أن تمطر فتمطر ، والأرض أن تنبت فتنبت ، وتتبعه كنوز الأرض ، ويقطع الأرض بسرعة عظيمة كسرعة الغيث استدبرته الريح ، إلى غير ذلك من الخوارق  . وكل ذلك جاءت به الأحاديث الصحيحة  . روى الإمام مسلم في صحيحه عن حذيفة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى ، جُفَالُ الشَّعَرِ - كَثِيرُهُ - مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ " رواه مسلم برقم 5222 .
4

4- FITNAH KEKUASAAN 

Dajjal menjanjikan kuasa. Mereka yang inginakan kuasa dan kebebasan akan mengikut telunjuk Dajjal. Semua pengorbanan atas nama Dajjal akan mendapat kuasa. 99% artis pada zaman kini mempromosikan keruntuhan moral, menghasut kanak-kanak dan remaja ke arah gejala soSial menyalahgunakan seni hiburan dan bahkan menyampaikan mesej-mesej tertentu yang jelas membelakangkan agama dan ketuhanan serta sifat kemanusiaan terutama dalam lirik-lirik lagu dan persembahan nyanyian.

Lirik-lirik lagu masa kini semakin lama semakin kotor dan kosong tiada nilai. Secara tidak langsung lirik-lirik begini akan menguasai mida remaja dan anak muda.Dan bagi mereka yang berkuasa, sewenang-wenangnya menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan dunia.

Jika dilihat dari sudut perkaitan Surah Kahf dengan fitnah Dajjal, ada beberapa kisah yang boleh kita ambil dan keluarkan pengajaran dan ibrah. (bersambung)

Ahmad Syukran Baharuddin
Panel Qawaid Fiqhiyyah

1 comments:

Unknown said...

Mohon share

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons