بسم
الله الرحمن الرحيم
|
Antara Individu yang Diangkat oleh Syiah Sebagai Imam Mereka |
Fasal Pertama: Pengenalan
Mabhas 1: Takrif Syiah dan pecahannya.
Syiah Ar-Rafidah: Ar-Rafidah
bermaksud “Orang yang menolak”, oleh itu mereka ialah golongan yang menolak
kepimpinan khalifah Abu Bakar dan Umar r.a serta mengkeji dan mencela pada
sahabat nabi s.a.w.
Syiah Imamiyyah: Ialah golongan yang beriktikad dengan dua
belas imam sebagai pemimpin, dan mereka menjadikan beriman dengan kepimpinan dua belas imam ini rukun islam
yang kelima.
Senarai dua belas imam ahli
bayt yang mana imam-imam yang suci ini tidak meredhoi perbuatan Syiah terhadap
mereka:
1-Ali Bin Abi Talib r.a (40H)
2-Al-Hasan Bin Ali r.a, digelar sebagai Al-Mujtaba
(50H)
3-Al-Husain Bin Ali, digelar sebagai As-Syahid (61H)
4-Ali Zainul Abidin Bin Al-Husain r.a, digelar sebagai
As-Sajjad (95H)
5-Muhammad Al-Baqir Bin Ali Zainul Abidin, digelar
sebagai Al-Baqir (114H)
6-Ja’far As-Sodiq Bin Muhammad Al-Baqir, dikenali
sebagai As-Sodiq (148H)
7-Musa Al-Kazim Bin Ja’far As-Sodiq (183H)
8-Ali Al-Redho Bin Musa Al-Kazim (203H)
9-Muhammad Al-Jawwad Bin Ali Ar-Redho (220H)
10-Ali Al-Hadi Bin Muhammad Al-Jawwad (254H)
11-Al-Hasan
Al-Askari Bin Ali Abdul Hadi (260H)
12-
Muhammad Al-Mahdi Bin Al-Hasan Al-Askari .
Syiah Ja’fariyyah: Ialah dinisbahkan kepada Imam Ja’far Bin As-Sodiq,
dimana beliau dinamakan sebagai imam yang keenam di sisi agama Syiah. Imam
Ja’far As-Sodiq adalah ahli fekah sunnah wal jamaah ketika zamannya, dan disbahkan kepada
beliau tanpa keredhoannya.
Syiah
Ar-Rafidah, Al-Imamiyyah dan Al-Ja’fariyyah adalah sama dari segi iktikad
mereka walaupun dari segi fiqh Syiah Ja’fariyah mengakui bahawa mereka mengikut
mazhab Imam Ja’far As-Sodiq, dan mereka berada di Iran, Lubnan di bawah nama
“Hizbullah” pimpinan Hasan Nasar dan Iraq.
Syiah Zaidiyyah:
Dinisbahkan kepada Zaid bin Ali Bin Al-Husin r.a (122H), apabila ditanyakan
kepada Zaid tentang Abu Bakar dan Umar, beliau memuji dan mendoakan
kedua-duanya, maka kaumnya menolak beliau. Maka dinamakan golongan syiah yang
tidak menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar sebagai Syiah Zaidiyyah kerana
dinisbahkan kepada Zaid. Kebanyaknya terdapat di Yaman.
Mabhas Kedua: Benarkah Syiah diasaskan oleh yahudi
bernama Abdullah Bin Saba’?
Siapakah
Abdullah Bin Saba’?
Berkata
Dr Husin Al-Mausuwy (Seorang ulamak Syiah yang dilahirkan di karbala’, membesar
dengan pengajian sepenuhnya diterapkan untuk menjadi seorang ulamak Syiah,
tetapi kemudiannya beliau telah bertaubat dan mengikut ahli
sunnah):
“Sesungguhnya bagi orang Syiah, Abdullah Bin Saba’ adalah
seorang yang tidak wujud, ia direka oleh ahli sunnah untuk mengaibkan Syiah dan
iktikad mereka. Juga menghalang manusia dari mendekati mereka dan mazhab ahli
bayt”
Ini
dibuktikan dengan pengakuan sayyid Muhammad Al-Husain Ali Kasyif
Al-Ghita’(ulamak Syiah) berkenaan Abdullah Bin Saba’:
“Sesungguhnya Abdullah Bin Saba’ adalah suatu khurafat
yang dicipta oleh orang Umawi dan dan orang Abbasi kerana dengki terhadap ahli
bayt yang suci, maka hendaklah orang yang berakal tidak meyebukkan diri dengan
dengannya”
Tetapi
didapati dalam kitab tulisannya ( sayyid Muhammad Al-Husain ) yang mahsyur ((Aslu As-Syiah wa Usuluhu 40,41
)) apa yang menunjukkan kewujudan individu yang bernama Abdullah Bin Saba’
dimana dia berkata: “Adapun Abdullah Bin Saba’ yang dikaitkan dengan Syiah
atau Syiah dikaitkan dengannya, maka kitab-kitab Syiah kesemua menyatakan laknat terhadapnya dan tiada
kaitan dengannya”
Maka
laknat terhadap Abdullah Bin Saba’ menunjukkan kewujudan individu tersebut
dikalangan Syiah sendiri.
Begitu
juga telah mengingkari kewujudannya Murtadha Al-Askari di dalam kitabnya ((
Abdullah Bin Saba’ wa Asatir Al-Ukhra)) begitu juga Sayyid Muhammad Jawwad
Mughniyah di dalam muqaddimahnya terhadap kitab tersebut.
Maka
apabila diteliti di dalam kitab-kitab Syiah, didapati dari nas-nasnya akan
kewujudan Abdullah Bin saba’ secara jelas dan yakin, diantaranya:
1-Dari Abi Ja’far r.a: “Bahawa Abdullah Bin Saba’ telah
mengaku dia adalah nabi dan mendakwa Ali r.a adalah tuhan, apabila sampai
berita ini kepada Ali r.a beliau memanggilnya dan bertanya, lalu dia mengakui
perkataannya itu dan berkata (kamu adalah tuhan dan aku adalah nabi) Lalu Ali
telah mengurungnya selama tiga hari agar dia bertaubat tetapi dia tidak
bertaubat, lantas dia telah dibakar dengan api”
(Ma’rifatu Akhbar
Al-Rijal oleh Al-Kasyi 70,71)
2-Telah berkata Saad Bin Abdullah Al-Qami tentang
“As-sabiyyah”(pengikut Abdullah Bin Saba’):
“Para pengikut Abdullah Bin Saba’ iaitu Abdullah Bin
Wahab Al-Hamadani, Abdullah Bin Kharsi dan Ibnu Aswad, mereka ini adalah orang
yang mula-mula mengaibkan dan mencela para sahabat nabi r.a”
(Al-Maqolat wal Al-Furuq: 20)
3-Telah berkata Sayyid
Nikmatullah Al-Jazairi :
“Telah berkata Abdullah Bin Saba’ kepada Ali r.a: (Kamu adalah tuhan yang
sebenar-benarnya,maka Ali r.a telah membuangnya ke kawasan Al-Madaien). Dan
dikatakan dia dahulu adalah seorang yahudi dan telah masuk islam, dan ketika
masih di dalam yahudi dia telah berkata terhadap yusa’ Bin Nun(Pembantu nabi
Musa) dan nabi Musa sepertimana dia berkata terhadap Ali r.a dan dirinya”
(Al-Anwar An-Nu’maniyah: 2/234)
susunan dan kajian oleh:
Mohammad Amir Wan Harun
Mantan Pengerusi Darul Ifta'