Saturday, 20 August 2011

Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.


Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.
Pensyarah Universiti Mu'tah
Tenaga Pengajar Tafsir Al-Quran lebih dari 30 tahun.

Secara umumnya lailatul qadar berada di dalam sepuluh akhir dari ramadhan. 
Berdalilkan:

Dari Al-Quran:

1-lafaz “ليلة القدر” mengandungi 9 huruf dan lafaz ini berulang sebanyak 3 kali di dalam surah al-qadr.
 Maka 9x3=27 iaitu malam ke 27 ramadhan.

2-Perkataan “هي” di dalam surah al-qadr berada di kedudukan tertib ke 27 dari susunan perkataan.

Dari hadis:

1-Hadis aisyah r.a yang diriwayatkan Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah:

“Carilah lailatul qadar dalam 10 terakhir dari ramadhan"

2-Hadis Abi Said Al-Khudri r.a yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

“Telah turun hujan pada satu malam iaitu malam ke 21, maka telah membasahi tempat sujud nabi s.a.w, maka aku melihat kepadanya sesudah selesai solat subuh, wajah baginda dibasahi dengan lumpur dan air"

3-Hadis Ubadah bin Somit1 yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

“Carilah lailatul qadar pada 9 dan 7 dan 5”

-Maksud hadis: ke 9 bermaksud malam ke 21, ke 7 bermaksud malam ke23, dan ke 5 bermaksud malam ke 25.
-Ataupun ia bermaksud  jika di tambah 9+7+5=21. Iaitu malam ke 21.

       Dan banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang malam lailatul qadar dalam hari-hari yang berbeza, maka natijahnya: Semua hadis-hadis ini menunjukkan lailatul qadar terdapat pada hari-hari ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.

Pendapat-pendapat ulamak mengenai malam lailatul qadar:

1-Imam Mali, As-Sauri, Ishaq, Ahmad bin Hanbal dan lain-lainnya: Malam ganjil yang berpindah-pindah dalam malam ke 21,23, 25,27 dan 29.

2-As-Syafiyah: Malam 10 yang ganjil, dan lebih cenderung pada malam 21 dan 23.

3-Sebahagian ulamak yang lain: Malam 27 secara tetap setiap tahun.

Pendapat yang tepat: Lailatul qadar berubah-ubah setiap tahun dalam malam-malam ganjil.


Menentukan awal ramadhan.

Berdasarkan pemerhatian pada tahun-tahun lepas, kami mendapati bahawa awal Ramadhan tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad. Akan tetapi pada tahun 2002 dan 2005,  awal ramadhan datang pada malam jumaat, dan tahun 2004 pula awal ramadhan datang pada malam ahad berdasarkan kiraan falak di sesetengah tempat. 

Akan tetapi pengiraan ini salah, ia disahkan di dalam satu artikel oleh syeikh mamduh bin Matab Al-Jabrain yang dikeluarkan di Riyadh. Kesalahan ini disahkan kerana malam lailatul qadar telah jatuh pada malam-malam genap pada tahun-tahun  itu. 

Malam lailatul qadar dapat dipastikan  melalui matahari yang terbit pada pagi itu putih atau merah yang tidak memancarkan cahaya seperti yang digambarkan dalam hadis Ibnu Masud r.a. Dan Lailatul qadar pada malam-malam genap adalah bercanggah dengan hadis-hadis dan perkataan dari para sahabat r.a bahawa ia berlaku pada malam ganjil.

Kesalahan ini berlaku disebabkan terdapat perselisihan sebanyak empat cara pengiraan di kalangan ahli-ahli falak seperti yang dinyatakan oleh ahli falak mesir DR شلتوت dan DR dari Amerika iaitu Jeff Schester di dalam perbincangan Al-Jazirah  pada hari isnin 23/10/2006.


Mengikut pengiraan, ramadhan disyariatkan pada tahun ke dua hijrah, dan  nabi s.a.w wafat pada tahun ke 10 hijrah, maka nabi telah berpuasa selama 9 tahun sebelum baginda wafat. Jika dilihat sepanjang 9 tahun ini tiada awal ramadhan yang bermula pada malam jumaat dan ahad. Tarikh dan hari awal ramadhan sepanjang 9 tahun itu adalah seperti berikut:

-Tahun ke dua hijrah: Malam isnin 25/2/624M
-Tahun ketiga Hijrah: Malam sabtu 14/2/625M
-Tahun keempat Hijrah: Malam rabu 3/2/626M
-Tahun kelima Hijrah: Malam isnin24/1/627M
-Tahun keenam Hijrah: Malam sabtu 13/1/628M
-Tahun ketujuh Hijrah: Malam selasa 2/1/269M
-Tahun ke lapan Hijrah: Malam Sabtu 21/12/629M
-Tahun ke Sembilan Hijrah : Malam khamis 10/12/630M
-Tahun kesepuluh Hijrah: Malam isnin 30/11/631M



Kesimpulannya: Awal Ramadhan hanya akan datang pada malam sabtu, malam isnin, malam selasa, malam rabu dan malam khamis.
Ia tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad.



Di bawah ini akan dinyatakan jadual penentuan awal ramadhan dan malam lailatul qadar. Awal ramadhan diketahui dengan kajian falak hasil dari pemerhatian perjalanan bulan pada setiap tahun melalui teleskop moden dan satelit. 

Manakala lailatul qadar pula diketahui melalui pemerhatian malam lailatul qadar sejak 8 tahun iaitu sejak 1998 sehinggalah 2006(Kitab ini disiapkan pada 2007) sehinggalah tahun lepas lailatul qadar datang pada malam selasa yang ganjil di dalam 10 malam terakhir ramadhan.

Tahun masihi/hijrah
Awal ramadhan
Lailatul qadar
Bilangan malam
1998/1419
Malam sabtu
Malam selasa
25 ramadhan
1999/1420
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2000/1421
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2001/1422
Malam sabtu
Malam selasa
25ramdhan
2002/1423
Malam rabu
Malam selasa
21ramadhan
2003/1424
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2004/1425
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2005/1426
Malam selasa
Malam selasa
29ramadhan
2006/1427
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2007/1428
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2008/1429
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2009/1430
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2010/1431
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan

Penglihatan pada pagi malam yang berlaku lailatul qadar ini disaksikan oleh beribu-ribu pelajar Universiti Jordan dan pelajar-pelajar Universiti Mu’tah dan sebahagian penduduk Mazar(kawasan di Jordan) dan orang-orang yang turut serta menyaksikan terbit matahari.

Insyallah tahun ni malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23 Ramadhan, malam selasa. Bermakna hari isnin malam telah bermula lailatul qadar insyallah...


Wallaha'lam.......
Diringkaskan dari Kitab Tafsir Mauduie karangan Profesor Dr Amin Al-Buttusyh
Alih bahasa oleh : Mohammad Amir Bin Wan Harun.
Panel Taqyif Fiqh-Darul Ifta'
Mu'tah Universiti, Jordan.


3 comments:

Hafifi Borhan El Said said...

subahanallah....bukanke malam td? malam 21...ana rase sumthing can't imagine...wallahu'alam....

john said...

mlm 23 hari ni....ujan la....besenye langit cerah je klu lailatil qadar~

Sting - not the english man in New York! said...

mlm 23...Alhamdulillah...mlm tu ada sesuatu yg berlaku pada saya...tapi saya tak terfikir. tetapi selepas terbaca beberapa pengalaman beberapa org dan blog ini....saya yakin akan pada mlm itu. Alhamdulillah....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons