Sambut ramadhan bukan sambut berbuka
Ramadhan al-Mubarak yang telah hampir tiba, ramai orang telah membuat persiapan..Yang berniaga dengan gerai2 dan plan perniagaannya..Yang menjadi imam dengan memperkemaskan hafazan mereka.. AJK masjid dengan plan berbuka puasanya (iftor jamaie)..Ustaz2 dengan persiapan nota2 tazkirahnya..Budak2 dengan tabung untuk duit raya nya, ibu2 dengan kuih-muih dan pakaian rayanya dan berbagai lagi persedian dibuat untuk menyambut Ramadhan yang tercinta.
Tapi normalnya tahukah anda ramai orang menunggu Ramadhan ni bukan untuk puasa yang utama, tapi berbuka itu yang dikejar. Ada yang bangun tidur waktu pagi tu dah mula merancang dan berkira-kira apa makanan untuk berbuka, di mana dia hendak membeli makanan itu nanti.. ”yelah puasa dah wajib nak tak nak kena puasa” kata seorang lelaki, Badrul bukan nama sebenar “tapi yang syoknya nak berbuka tu, boleh pergi membeli makanan di Baazar Ramadhan sambil mencuci mata” tambah beliau lagi. Jadi apa sebenarnya yang dikejar dalam bulan Ramadhan ini? Untuk berbuka atau berpuasa?
Itulah salahnya persepsi ramai umat islam yang memang inilah menjadi trend masyarakat ketika berpuasa. Mereka tidak menantikan saat berpuasa itu yang sebenar, tetapi saat hendak berbuka nanti yang ditunggu, apakah ni betul bagi kita meraikan bulan yang mulia ini? Benarlah firman Allah s.w.t di dalam kitabnya yang suci Al-Quran : “dan jelaslah kerosakan di muka bumi kerana perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri” dari segi I’jaznya kita boleh mengatakan ‘kerosakan’ itu boleh ditafsirkan kerosakan benda dan agama. Nah, kita yang rosakkan agama kita, apakah kita masih tidak sedar?
Islam itu elok kerana umatnya, rosak juga kerana umatnya.. mungkin ini lah pemikiran dan persepsi yang patut di ubah bagi semua umat islam. Yang patut ditunggu ialah selepas berbuka, saat untuk solat berjemaah, terawikh, berjumpa sahabat2 mendengar tazkirah di masjid atau surau2, dan bersiap siap diri dan jiwa untuk solat malam, mengaji dan membaca buku, sahur bagi puasa keesokkannya. Malam itu adalah ‘pintu’ atau ‘tirai’ bagi puasa keesokannya, janganla kita mempersia-siakan waktu yang diberikan Allah kepada kita pada waktu malam. Ini tidak, waktu siang hendak berbuka sanggup bersiap, pergi ke situ ke mari menunaikan hasrat untuk berbuka, tapi untuk sahur puasa hanya tidur dan bangun makan sahaja, ini tidak kena sama sekali.

Disediakan oleh : Wan Ahmad Fuad bin Wan Ahmad Kamil,
Bayt Dimayq, 27 Julai 2011,
Panel Hadis-Darul Ifta', Mutah, Jordan
0 comments:
Post a Comment