Sunday 28 August 2011

Perbezaan matahari pagi 25 ramadhan dengan hari2 lain

Malam 25 ramadhan adalah malam Lailatulqadar bagi tahun 1432Hijrah.


بسم الله الرحمن الرحيم
       Segala puji bagi Allah pemilik langit dan bumi serta seisinya..selawat dan salam terhadap rasul utusannya serta semua yang mengikuti langkahnya.....

       Alhamdulilah ramadhan hampir ke penghujungnya... maka teruslah berusaha bersungguh-sungguh mengejar rahmat dan pengampunan Yang Maha Pengasih,  kerana tiada kebaikan pada orang yang melalui ramadhan sedangkan dia tidak diampunkan...

-Di riwayatkan oleh ibnu Hibban, bahawa nabi s.a.w bersabda:

 "sesungguhnya penerimaan amalan itu adalah pada pengakhiran"

-Maka jangan di sia-siakan usaha dari awal ramadhan dengan kelalaian di penghujungnya.. Moga Allah menerima puasa, solat, sedekah dan seluruh amalan yang dilakukan..


      Berbahagialah bagi mereka yang menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan, dan khabar gembira bagi mereka yang memenuhkan malam 25 ramadhan dengan amal ibadat kerana mengikut tanda-tanda yang dikhabarkan oleh baginda s.a.w ,malam lailatulqadar terdapat pada malam tersebut...

-Sabda nabi s.a.w:
 "Siapa yang berpuasa ramadhan dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang menghidupkan ramadhan dengan iman dan ihtisab diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" 

-Ihtisab bermaksud: Mengharapkan ganjaran.
-Riwayat: Bukhari,Muslim, At-tirmizi,Abu Daud,Ahmad dan lain-lain.

     Juga diantara kelebihan malam itu yang difirmankan di dalam Al-quran dalam surah
 Al-Qadr: "سلام هي":

     Berkata Ad-dohhaq: Lailatul qadar adalah malam yang sejahtera. Di malam itu Allah hanya mentaqdirkan semua perkara yang sejahtera sahaja. Adapun di malam-malam lain ditaqdirkan bala' dan kesejahteraan pada alam ini.

Berkata As-Sya'bi: Di malam itu para malaikat memberi salam kepada orang-orang yang bersujud dari terbenamnya matahari  sehingga ia terbit.

     Dikatakan : Sesiapa yang malaikat  memberi salam kepadanya pada malam itu akan merasakan  kekhusyukan di  dalam hatinya.. seolah-olah  hatinya menangis  kegembiraan atau ketakutan kepada Allah taala.

     Terdapat banyak tanda-tanda berlakunya lailatul qadar dan kadang-kadang tanda itu hanya khusus disedari oleh seseorang sahaja yang Allah muliakannya seperti air masim berubah menjadi tawar, bermimpi, dan pelbagai kejadian lagi.

     Adapun tanda umum yang dapat dilihat oleh kebanyakkan orang adalah matahari terbit pada pagi itu tidak bercahaya. Ianya dikhabarkan  oleh baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-tirmizi, Ahmad dan lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan

"Tanda berlakunya lailatul qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu keputihan(dan dalam riwayat yang lain: kemerahan) yang tidak bercahaya."

     Dikatakan sebabnya adalah kerana para malaikat turun pada malam itu memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun  dari muka bumi melainkan terdapat malaikat disitu. maka apabila manusia bersolat subuh, para malaikat mula naik  ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang begitu banyak beserta cahaya mereka -kerana malaikat dicipta dari cahaya- maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat  dan menyebabkan pudarnya cahaya matahari

maka di bawah ini saya sertakan gambar terbit matahari bermula dari pagi ke 21 ramadhan hinggalah 27 ramadhan. Maka jelas pagi ke 25 ramadhan matahari yang terbit tiada cahaya seumpaman bulan purnama..

     Gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11. Dan gambar-gambar ini adalah asli tanpa diedit sedikitpun.

Nikon coolpix L11

Pagi 21 ramadhan

Pagi 22 Ramadhan

Pagi 23 Ramadhan

Pagi 24 Ramadhan

Pagi 25 Ramadhan

Lagi gambar Pagi 25 Ramadhan



Video Pagi 25 ramadhan

Pagi 26 ramadhan

Pagi 27 Ramadhan


Gambar dari pagi 21 sehinggalah ke 24 tidak mempunyai tarikh kerana terlupa meng setting kamera. Sesetengah gambar gelap dan sesetengah cerah kerana tindakbalas cahaya matahari dan orang yang mengambilnya juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengambil gambar

Oleh: Mohammad Amir Wan harun.
Panel Taqyif fiqh- Daru Ifta'
Takhasus Fiqh Wal usul
Universiti Mu'tah, Jordan.

1 comments:

belog|amiyo said...

mohon share gambar sahabat...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons