Tuesday, 20 December 2011

Majlis Tandatangan Perjanjian Darul Ifta' dengan MUTIARA Jordan.

Bismillahirrahmanirrahim....      Alhamdulillah dengan keizinan Allah yang esa, pada hari ahad lepas telah disempurnakan tandatangan perjanjian di antara Darul Ifta' dengan Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) sebagai pemodal bagi menerbitkan buku ketiga keluaran Darul Ifta' Publications "Wasiat Buatmu Sahabat"..       Tandatangan telah disempurnakan oleh Pengerusi darul Ifta' Ustaz Mohammad Amir bin Wan Harun beserta  Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA) Ustaz Muhammad Zharif Bin Ahmad.  Turut menurunkan tandatangan kedua, lajnah Penerbitan dan multimedia Darul Ifta' Ustazah Rabiatul Adawiyah Binti Roslan beserta Timbalan...

Komentar dan cadangan dari respon peserta "aplikasi khazanah fiqh moden"

Respon ini diambil dari sebahagian borang muhasabah peserta. Komentar:1-Sound system perlu lebih kuat. 2-Masa tidak mencukupi. Lebihkan sedikit kepada penceramah luar seperti us ruzaimy dan lebihkan masa untuk sesi soal jawab. 3-Pihak Program lambat memberikan kertas kerja. 4-Projektor slide tidak Nampak. 5-Makanan: ayam kurang masak. 6-Coster lambat sampai. Moga lebih alert dengan masa. 7-Diharap program-program yang akan datang berjalan mengikut waktu yang ditulis di dalam tentatif.  8-Pemberian fail yang agak tidak terurus, kepilkan semua skali siap-siap. 9-Kurang pemahaman dari penyampaian orang Indonesia, jemput Malaysian. 10-3 slot dalam masa satu hari agak meletihkan, panjangkang tempoh program agar lebih ringan dan juga tempoh...

Saturday, 10 December 2011

Seminar &Praktikal: “Aplikasi Khazanah Fiqh Moden”Persediaan mengharungi Arus Pemikiran Globalisasi Slot 1 (Teori): Pembentangan Kertas Kerja: 1- “Cabaran Pemikiran Fiqh Semasa dalam konteks keterbukaan dan sempadan”Oleh: Ustaz Anwar Ridhuan- PHD WISE- 2-“Prinsip Bertaamul Dengan Khilaf Fuqaha’”Oleh: Ustaz Rizki –Master Mu’tah-                                                                             ...

Thursday, 20 October 2011

Badal haji, permasalahan dan kekeliruan di dalamnya.

  بسم الله الرحمن الرحيم  Permasalahan berkenaan Badal Haji Asal pensyariatan badal haji adalah berdasarkan hadis Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata: “Adalah Al-Fadl bin Abbas r.a menunggang di belakang Rasulullah s.a.w , maka telah datang seorang wanita dari  Khasa’m dan Al-Fadl melihat kepadanya dan wanita itu melihat kepadanya, maka Rasulullah s.a.w memalingkan wajah Al-fadl ke arah lain. Maka wanita itu bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kefarduan Allah ke atas hambanya pada haji telah sampai ke atas ayahku sedangkan dia seorang tua yang tidak mampu bermusafir, adakah aku perlu mengerjakan haji baginya? Jawab Baginda s.a.w: (Ya) . Dan ketika itu adalah haji wida’” Disepakat oleh Al-Bukhari dan Muslim dan lafaz...

Monday, 3 October 2011

·     A Asal pensyariatan memberi salam dan menjawab salam berdasarkan firman Allah Taala:Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.An-Nisa’: 86.Ibnu Abbas berkata: Ayat ini menunjukkan kepada penghormatan dengan salam. Iaitu jika seseorang memberi salam kepadamu, hendaklah dijawab dengan penghormatan salam yang lebih baik darinya(وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته). Atau menjawab sepertima dia memberi salam kepadamu.(وعليكم السلام)-Tafsir Kabir oleh Imam At-Tabrani. Sabda Rasulullah s.a.w:حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ...

Monday, 26 September 2011

Haram berbaiah kepada selain pemimpin negara.

Hukum berbaiah kepada selain pemerintah negara. Soalan: Sesetengah jemaah sekarang ini membaiah kepada ketua mereka yang dipilih dikalangan mereka sendiri, dan mereka melihat bahawa wajib “mendengar dan taat” kepada ketua mereka, serta tidak boleh membatalkan baiah mereka kerana mereka merasakan  berada di bawah penguasaan pemimpin yang diiktiraf syara’ yang wajib dibaiah oleh semua umat islam. Adakah harus baiah tersebut? Jawapan:             Baiah tersebut adalah batil dan tidak diharuskan melakukannya kerana ia bida’h, serta membawa kepada fitnah perpecahan umat islam yang banyak.           Ia adalah bida’h kerana semua hadis-hadis serta kisah para sahabat tiada satu pun...

Saturday, 24 September 2011

Hukum bersanding, dan janda mengahwinkan dirinya sendiri...

Pertanyaan dari seorang sahabat berkenaan amalan bersanding dan makan beradab di dalam perkahwinan, dan juga berkenaan wali bagi wanita janda. Assalamualaikum… Soalan pertama: ada setengah phk mengatakn adat bersanding d ats pelamin & mkn beradab adlh bid'ah..sejauh mnkah kebenaran t'sebut???  d katakn adat bersanding itu merupakan amalan agama Buddha & amalan t'sebut jg d katakn amaln yg m'bazir... manakala adat mkn b'adab pula,d katakn blh menimbulkn sifat riak,takabbur & sbginya..lazimnya,hidangan yg d hidangkn kpd kedua mempelai special n 'mewah'..jika ad d kalangan para tetamu yg hadir melihatnya & berasa t'ingin t'hdp hidangan t'sebut,bukankah ianya blh menimbulkan dosa kpd tuan rumah??? ad jg phk yg menyatakn,adat...

Page 1 of 812345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons