
Hukum berbaiah kepada selain pemerintah negara.
Soalan: Sesetengah jemaah sekarang ini membaiah kepada ketua mereka yang dipilih dikalangan mereka sendiri, dan mereka melihat bahawa wajib “mendengar dan taat” kepada ketua mereka, serta tidak boleh membatalkan baiah mereka kerana mereka merasakan berada di bawah penguasaan pemimpin yang diiktiraf syara’ yang wajib dibaiah oleh semua umat islam. Adakah harus baiah tersebut?
Jawapan: Baiah tersebut adalah batil dan tidak diharuskan melakukannya kerana ia bida’h, serta membawa kepada fitnah perpecahan umat islam yang banyak.
Ia adalah bida’h kerana semua hadis-hadis serta kisah para sahabat tiada satu pun...