Monday, 26 September 2011

Haram berbaiah kepada selain pemimpin negara.



Hukum berbaiah kepada selain pemerintah negara.

Soalan: Sesetengah jemaah sekarang ini membaiah kepada ketua mereka yang dipilih dikalangan mereka sendiri, dan mereka melihat bahawa wajib “mendengar dan taat” kepada ketua mereka, serta tidak boleh membatalkan baiah mereka kerana mereka merasakan  berada di bawah penguasaan pemimpin yang diiktiraf syara’ yang wajib dibaiah oleh semua umat islam. Adakah harus baiah tersebut?

Jawapan:
             Baiah tersebut adalah batil dan tidak diharuskan melakukannya kerana ia bida’h, serta membawa kepada fitnah perpecahan umat islam yang banyak.

          Ia adalah bida’h kerana semua hadis-hadis serta kisah para sahabat tiada satu pun diriwayatkan bahawa mereka berbaia’h melainkan kepada Rasulullah s.a.w dan para khulafa’ islamiyah iaitu pemimpin negara dan juga kepada panglima perang sahaja.

          Berkata jarir bin Abdullah r.a.: 

“Aku telah berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menasihati umat islam”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

        Para sahabat telah berbaiah kepada Abu bakar r.a, Umar r.a, Ustman r.a dan Ali r.a sebagai khalifah islamiyah.

        Tidak berlaku dalam sejarah islam terdahulu dibaiah khalifah islamiyah, dan dalam masa yang sama dibaiah juga pemimpin-pemimpin bawahan… Bahkan Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa  Abi Hurairah r.a berkata:  Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Jika dibaiah dua khalifah, maka bunuhlah salah satu dari keduanya”

        Mereka yang mengharuskannya mengatakan bahawa rasulullah s.a.w telah dibaiah di Aqobah, dan ketika itu masih belum wujud negara khilafah islamiyah, maka menunjukkan keharusan berbaiah kepada selain pemimpin negara.

         Kami menjawab, baiah adalah khususiat baginda s.a.w sahaja pada ketika itu, dalilnya:  Kandungan baiah ketika baiah Aqobah pertama seperti yang diriwayatkan dari Ubadah Bin Somit r.a. bahawa baiah ketika itu hanyalah pada tidak mensyirikkan Allah Taala, tidak berzina, tidak mencuri dan tidak membunuh anak kecil.

        Baiah kepada selain pemimpin negara menyebabkan perpecahan kepada umat islam kerana jika setiap orang itu mahu dirinya dibaiah, maka akan terpecahlah kesatuan umat, maka akan terdapat di dalam sebuah negara ratusan pemimpin dan imam.. 

     Dan juga mengharuskan baiah kepada sesiapa sahaja akan menyebabkan baiah itu dijadikan asas penguasaan ke atas sesuatu individu untuk kepentingan peribadi, dan ia diharamkan syara’

        Sabda Baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Ma’mar r.a :

“Siapa yang mengeksploitasi maka dia berdosa”
(Diriwayatkan oleh Muslim)

-Walaupun hadis ini mengisyaratkan eksploitasi baranagan di pasar sehingga ia menjadi mahal, tetapi mengeksploitasi pemikiran manusia adalah lebih besar dari itu. Wallaha'lam....

Saturday, 24 September 2011

Hukum bersanding, dan janda mengahwinkan dirinya sendiri...


Pertanyaan dari seorang sahabat berkenaan amalan bersanding dan makan beradab di dalam perkahwinan, dan juga berkenaan wali bagi wanita janda.

Assalamualaikum…

Soalan pertama:
ada setengah phk mengatakn adat bersanding d ats pelamin & mkn beradab adlh bid'ah..sejauh mnkah kebenaran t'sebut??? 

d katakn adat bersanding itu merupakan amalan agama Buddha & amalan t'sebut jg d katakn amaln yg m'bazir...

manakala adat mkn b'adab pula,d katakn blh menimbulkn sifat riak,takabbur & sbginya..lazimnya,hidangan yg d hidangkn kpd kedua mempelai special n 'mewah'..jika ad d kalangan para tetamu yg hadir melihatnya & berasa t'ingin t'hdp hidangan t'sebut,bukankah ianya blh menimbulkan dosa kpd tuan rumah???

ad jg phk yg menyatakn,adat ini bleh dilakukn ttpi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..spt mkn d dlm rumah ke atau sbgainya..


Bismillahirrahmanirrhim….
Segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, selawat dan salam keatas rasulnya Muhammad s.a.w…
Jawapan soalan Pertama:


1-Bidah adalah amalan yang berkaitan dengan ibadat sahaja, Imam As-Syatibie r.a mentakrifkan bidah sebagai:

“Suatu bentuk jalan di dalam agama yang direka yang menyerupai syara’ yang dimaksudkan dengan menyusurinya supaya berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada Allah Taala”

-Maka berdasarkan tarif ini, bersanding itu tidak termasuk di dalam bidah, tetapi ia adalah adat yang fasid kerana secara umunya terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan tuntutan syara’ seperti memperagakan pasangan pengantin kepada tetamu yang hadir, berlebih-lebih dalam berhias sehingga membawa kepada tabarruj’(amalan jahiliyah yang dilarang dalam islam) pembaziran dari segi kewangan dan makanan, menimbulkan riya’ dan sebagainya…


2-Pada asalnya amalan bersanding ini berasal dari agama hindu, iaitu agama asal penduduk Tanah Melayu ketika dahulu, selepas kedatangan islam sedikit-demi sedikit adat ini mula berubah menjadi adat penduduk Melayu Islam… Tetapi bagi saya, bersanding bukan lah amalan agama hindu, tetapi ia adalah amalan kaum india yang diselitkan beberapa unsur kerohanian agama hindu di dalamnya, samalah seperti amalan  menyambut hari lahir, amalan senaman  yoga dan sebagainya, maka apabila unsur kerohanian agama itu disingkirkan ia kembali menjadi adat sesebuah kaum, dan adat itu jika tiada apa-apa yang bertentangan dengan islam ia adalah harus.

Firman Allah Taala:

“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan  uruf(amalan) Yang baik, serta berpalinglah dari orang-orang Yang jahil “
(Al-A’raf: 199)


3-Berkenaan makan beradap pula, ia bergantung kepada niat tuan rumah, jika dibuat dengan berlebih-lebihan untuk menunjukkan kemegahan ia adalah di larang oleh syara’.

Sabda rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat”
“Dibangkitkan manusia di atas niat mereka”
(Riwayat Al-Bukhari)

-Adapun jika para tetamu yang hadir melihat dan berasa teringin dengan makanan pengantin, ia tidaklah menyebabkan dosa kerana makanan itu bukanlah milik tetamu sehinggaka wajib diberikan, samalah seperti seorang yang melihat kereta mewah dan teringin akan kereta tersebut.
Cuma sebagai adab islam, sepatutnya tidak dibezakan-bezakan makanan pengantin dan tetamu. Tiada aibnya jika makanan diambil dari makanan tetamu dan dihias dengan lebih cantik untuk sang pengantin.

Nabi juga bersabda:

“Seburuk-buruk makanan adalah makanan kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya dan ditinggalkan orang-orang miskin”
 (Diriwayatkan oleh Muslim)

Maka janganlah dibezakan jemputan kenduri, dan janganlah dibezakan juga makanan yang dihidangkan kepada tetamu jemputan.


4-Ada  juga pihak yang menyatakn,adat ini boleh dilakukn tetapi jgnlah smpi ianya dilihat oleh para tetamu yg hadir..sepeti mkn di dalam rumah atau sebagainya..

Ya, itulah yang sebaiknya, kerana akhlak seorang wanita muslim itu dia menutupi dirinya melainkan kepada orang yang dihalalkan melihat kepadanya.


Soalan kedua:
wali merupakn salah 1 dari syarat sah nikah..tetapi kenapa ramai yg mengatakan seorang janda itu tidak perlu wali jika dia mahu nikah lain?? mohon penjelasan dr soaln t'sebut..barakallahu fikum..wallahhu'alam..



Jawapan soalan kedua:

1-Jumhur mazhab melainkan Abu Hanifah berpendapat bahawa seorang gadis tidak boleh berkahwin melainkan dengan berwali. Berdalilkan:

Sabda baginda s.a.w:

“Tiada pernikahan melainkan dengan wali”
(Riwayat Al-Bukhari)


“Mana-mana wanita yang berkahwin tanpa izin walinya, maka pernikahannya batil,pernikahannya batil, pernikahannya batil”
(Diriwayatkan oleh Abu Dau dan Tirmizi dengan sanad hasan)


2-Adapun janda, jumhur mazhab mengatakan bahawa janda boleh mengkahwinkan dirinya sendiri, maksudnya  seorang wali tidak boleh memaksa janda untuk berkahwin, dan menjadi  adab seorang wanita itu dia mewakilkan kepada walinya untuk mengakadkan perkahwinan tersebut bagi pihaknya. Bukannya dia sendiri yang mengakadkan nikah. Berdalilkan:

Sabda nabi s.a.w:

“Dan Seorang janda itu, hendaklah diminta izin darinya(dalam perkahwinan)”
(Riwayat Al-Bukhari)

Dari Al-Khansa’ Binti Khizam Al-Ansori r.a :

“Bahawa ayahnya mengkahwinkannya sedangkan dia seorang janda, dan dia tidak menyukai pekahwinan tersebut lalu mendatangi baginda s.a.w. Lalu baginda s.a.w membatalkan perkahwinan tersebut”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Sabda nabi s.aw:

“Seorang janda itu lebih berkah keatas dirinya dari walinya”

(Diriwayatkan oleh Muslim)
Wallaha’lam…..


Monday, 12 September 2011

Wajibkah menjawab salam dari radio,Tv dan mesej??

      بسم الله الرحمن الرحيم

Pertanyaan dari seorang sahabat:
Adakah salam dari radia dan TV wajib dijawab?
Adakah salam dari tulisan seperti surat, mesej dan chat juga wajib dijawab?


 1-Asal pensyariatan memberi salam dan menjawab salam berdasarkan firman Allah Taala:

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu".
An-Nisa’: 86.

Ibnu Abbas r.a berkata: 

"Ayat ini menunjukkan kepada penghormatan dengan salam. Iaitu jika seseorang memberi salam kepadamu, hendaklah dijawab dengan penghormatan salam yang lebih baik darinya(وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته). Atau menjawab sepertima dia memberi salam kepadamu.(وعليكم السلام)
-Tafsir Kabir oleh Imam At-Tabrani.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ø­َÙ‚ُّ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ Ø®َÙ…ْسٌ رَدُّ السَّلاَÙ…ِ ÙˆَعِÙŠَادَØ©ُ الْÙ…َرِيضِ Ùˆَاتِّبَاعُ الْجَÙ†َائِزِ ÙˆَØ¥ِجَابَØ©ُ الدَّعْÙˆَØ©ِ ÙˆَتَØ´ْÙ…ِيتُ الْعَاطِسِ.

“Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputannya dan memberi minum pada orang yang haus”
Diriwayatkan oleh Muslim:5777.

2-Adapun seseorang itu menjawab salam yang dikiramkan kepadanya juga adalah wajib berdasarkan umum hadis menjawab salam dan juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

Bahawa seorang lelaki datang kepada rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu. Maka Jawab baginda :"وعليك وعليه السلام"

3-Manakala salam yang didengari di dalam radio dan TV,  memadai salah seorang pendengar untuk menjawab. Dan orang yang diutamakan untuk menjawab adalah mereka2 yang berada di studio terutamanya penonton atau krew-krew rancangan kerana merekalah yang paling dekat dengan pemberi salam.

Sabda rasulullah s.a.w :

“Memadai bagi satu jemaah jika mereka melalui suatu tempat salah seorang dari mereka memeberi salam, dan memadai bagi salah seorang yang duduk menjawabnya”
Diriwayatkan oleh Ahmad, dan Baihaqi dengan sanad yang lemah.

Berkata Imam Nawawi di dalam syarah An-Nawawi:

“Apabila diberi salam pada suatu jemaah, menjadi fardu kifayah kepada jemaah itu untuk menjawab, jika 
salah seorang menjawab maka terjatuh kefarduan terhadap orang lain”

4-Menjawab salam dari tulisan adalah wajib berdasarkan umum nass menjawab salam, samada menjawab dengan mulut kerana salam itu adalah doa kepada muslim, atau menulis kembali ucapan salam itu kepadanya berdasarkan qaedah fiqh:

"الكتابة كالخطابة"
“Penulisan itu adalah seumpama ucapan.”
Wallaha’lam…….

Wednesday, 7 September 2011

Imam Ahmad bin hambal diseret kakinya kerana doa seorang penjual roti..

     Ibnu jauzi menceritakan dalam kitab "manaqib Imam Ahmad" bahawa suatu ketika imam ahmad bin hambal bermusafir ke sebuah bandar, apabila sampai beliau pun pergi ke sebuah masjid dan bersolat isyak,dan selesai bersolat beliau pun berbaring utk melelapkan mata di masjid itu..

      lalu datang pengawal masjid dan menghalaunya keluar -ulamak dahulu tidak dikenali rupanya,tetapi dikenali nama dan tulisan3 mereka-  lalu beliau pun duduk di pintu masjid, pengwal td pun datang lalu mengheret kakinya keluar dari kawasan masjid...

     Dan dihadapan masjid terdapat sebuah kedai roti,lalu pembuat roti yg sedang bekerja  -kerana roti dimasak waktu malam untuk dijual pada subuh harinya-  ternampak beliau dan berkata; "marilah tidur di dalam kedaiku ini". Lalu  imam ahmad pun menerima perlawaan pembuat roti td...  ketika lelaki itu sedang membuat roti imam ahmad memerhatikan bibir  lelaki itu sentiasa berzikir tidak henti sepanjang bekerja.... lalu beliau bertanya: "Sudah berapa lama kamu melakukan seperti ini", lelaki itu pun menjawab :"sekian-sekian tahun..."

     Lalu imam ahmad bertanya: "Apakah keberkatan yang telah kamu perolehi dengan amalanmu ini?"
lelaki itu berkata: "Tiada satu perkara pun yang aku meminta melainkan Allah akan menunaikannya, melainkan satu perkara sehingga kini aku masih menunggu ia belum ditunaikan..."

    Imam ahmad bertanya: Apakah dia wahai saudaraku?
Lelaki itu pun berkata: "Aku telah berdoa untuk melihat Imam Ahmad Bin Hambal....tetapi sehingga kini masih belum ku temui".
Lantas Imam Ahmad berkata: " inilah dia..Ahmad bin Hambal telah diheret kakinya untuk bertemu denganmu" 

Sunday, 28 August 2011

Perbezaan matahari pagi 25 ramadhan dengan hari2 lain

Malam 25 ramadhan adalah malam Lailatulqadar bagi tahun 1432Hijrah.


بسم الله الرحمن الرحيم
       Segala puji bagi Allah pemilik langit dan bumi serta seisinya..selawat dan salam terhadap rasul utusannya serta semua yang mengikuti langkahnya.....

       Alhamdulilah ramadhan hampir ke penghujungnya... maka teruslah berusaha bersungguh-sungguh mengejar rahmat dan pengampunan Yang Maha Pengasih,  kerana tiada kebaikan pada orang yang melalui ramadhan sedangkan dia tidak diampunkan...

-Di riwayatkan oleh ibnu Hibban, bahawa nabi s.a.w bersabda:

 "sesungguhnya penerimaan amalan itu adalah pada pengakhiran"

-Maka jangan di sia-siakan usaha dari awal ramadhan dengan kelalaian di penghujungnya.. Moga Allah menerima puasa, solat, sedekah dan seluruh amalan yang dilakukan..


      Berbahagialah bagi mereka yang menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan, dan khabar gembira bagi mereka yang memenuhkan malam 25 ramadhan dengan amal ibadat kerana mengikut tanda-tanda yang dikhabarkan oleh baginda s.a.w ,malam lailatulqadar terdapat pada malam tersebut...

-Sabda nabi s.a.w:
 "Siapa yang berpuasa ramadhan dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang menghidupkan ramadhan dengan iman dan ihtisab diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" 

-Ihtisab bermaksud: Mengharapkan ganjaran.
-Riwayat: Bukhari,Muslim, At-tirmizi,Abu Daud,Ahmad dan lain-lain.

     Juga diantara kelebihan malam itu yang difirmankan di dalam Al-quran dalam surah
 Al-Qadr: "سلام هي":

     Berkata Ad-dohhaq: Lailatul qadar adalah malam yang sejahtera. Di malam itu Allah hanya mentaqdirkan semua perkara yang sejahtera sahaja. Adapun di malam-malam lain ditaqdirkan bala' dan kesejahteraan pada alam ini.

Berkata As-Sya'bi: Di malam itu para malaikat memberi salam kepada orang-orang yang bersujud dari terbenamnya matahari  sehingga ia terbit.

     Dikatakan : Sesiapa yang malaikat  memberi salam kepadanya pada malam itu akan merasakan  kekhusyukan di  dalam hatinya.. seolah-olah  hatinya menangis  kegembiraan atau ketakutan kepada Allah taala.

     Terdapat banyak tanda-tanda berlakunya lailatul qadar dan kadang-kadang tanda itu hanya khusus disedari oleh seseorang sahaja yang Allah muliakannya seperti air masim berubah menjadi tawar, bermimpi, dan pelbagai kejadian lagi.

     Adapun tanda umum yang dapat dilihat oleh kebanyakkan orang adalah matahari terbit pada pagi itu tidak bercahaya. Ianya dikhabarkan  oleh baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-tirmizi, Ahmad dan lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan

"Tanda berlakunya lailatul qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu keputihan(dan dalam riwayat yang lain: kemerahan) yang tidak bercahaya."

     Dikatakan sebabnya adalah kerana para malaikat turun pada malam itu memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun  dari muka bumi melainkan terdapat malaikat disitu. maka apabila manusia bersolat subuh, para malaikat mula naik  ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang begitu banyak beserta cahaya mereka -kerana malaikat dicipta dari cahaya- maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat  dan menyebabkan pudarnya cahaya matahari

maka di bawah ini saya sertakan gambar terbit matahari bermula dari pagi ke 21 ramadhan hinggalah 27 ramadhan. Maka jelas pagi ke 25 ramadhan matahari yang terbit tiada cahaya seumpaman bulan purnama..

     Gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11. Dan gambar-gambar ini adalah asli tanpa diedit sedikitpun.

Nikon coolpix L11

Pagi 21 ramadhan

Pagi 22 Ramadhan

Pagi 23 Ramadhan

Pagi 24 Ramadhan

Pagi 25 Ramadhan

Lagi gambar Pagi 25 Ramadhan



Video Pagi 25 ramadhan

Pagi 26 ramadhan

Pagi 27 Ramadhan


Gambar dari pagi 21 sehinggalah ke 24 tidak mempunyai tarikh kerana terlupa meng setting kamera. Sesetengah gambar gelap dan sesetengah cerah kerana tindakbalas cahaya matahari dan orang yang mengambilnya juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengambil gambar

Oleh: Mohammad Amir Wan harun.
Panel Taqyif fiqh- Daru Ifta'
Takhasus Fiqh Wal usul
Universiti Mu'tah, Jordan.

Saturday, 20 August 2011

Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.


Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.
Pensyarah Universiti Mu'tah
Tenaga Pengajar Tafsir Al-Quran lebih dari 30 tahun.

Secara umumnya lailatul qadar berada di dalam sepuluh akhir dari ramadhan. 
Berdalilkan:

Dari Al-Quran:

1-lafaz “ليلة القدر” mengandungi 9 huruf dan lafaz ini berulang sebanyak 3 kali di dalam surah al-qadr.
 Maka 9x3=27 iaitu malam ke 27 ramadhan.

2-Perkataan “هي” di dalam surah al-qadr berada di kedudukan tertib ke 27 dari susunan perkataan.

Dari hadis:

1-Hadis aisyah r.a yang diriwayatkan Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah:

“Carilah lailatul qadar dalam 10 terakhir dari ramadhan"

2-Hadis Abi Said Al-Khudri r.a yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

“Telah turun hujan pada satu malam iaitu malam ke 21, maka telah membasahi tempat sujud nabi s.a.w, maka aku melihat kepadanya sesudah selesai solat subuh, wajah baginda dibasahi dengan lumpur dan air"

3-Hadis Ubadah bin Somit1 yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

“Carilah lailatul qadar pada 9 dan 7 dan 5”

-Maksud hadis: ke 9 bermaksud malam ke 21, ke 7 bermaksud malam ke23, dan ke 5 bermaksud malam ke 25.
-Ataupun ia bermaksud  jika di tambah 9+7+5=21. Iaitu malam ke 21.

       Dan banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang malam lailatul qadar dalam hari-hari yang berbeza, maka natijahnya: Semua hadis-hadis ini menunjukkan lailatul qadar terdapat pada hari-hari ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.

Pendapat-pendapat ulamak mengenai malam lailatul qadar:

1-Imam Mali, As-Sauri, Ishaq, Ahmad bin Hanbal dan lain-lainnya: Malam ganjil yang berpindah-pindah dalam malam ke 21,23, 25,27 dan 29.

2-As-Syafiyah: Malam 10 yang ganjil, dan lebih cenderung pada malam 21 dan 23.

3-Sebahagian ulamak yang lain: Malam 27 secara tetap setiap tahun.

Pendapat yang tepat: Lailatul qadar berubah-ubah setiap tahun dalam malam-malam ganjil.


Menentukan awal ramadhan.

Berdasarkan pemerhatian pada tahun-tahun lepas, kami mendapati bahawa awal Ramadhan tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad. Akan tetapi pada tahun 2002 dan 2005,  awal ramadhan datang pada malam jumaat, dan tahun 2004 pula awal ramadhan datang pada malam ahad berdasarkan kiraan falak di sesetengah tempat. 

Akan tetapi pengiraan ini salah, ia disahkan di dalam satu artikel oleh syeikh mamduh bin Matab Al-Jabrain yang dikeluarkan di Riyadh. Kesalahan ini disahkan kerana malam lailatul qadar telah jatuh pada malam-malam genap pada tahun-tahun  itu. 

Malam lailatul qadar dapat dipastikan  melalui matahari yang terbit pada pagi itu putih atau merah yang tidak memancarkan cahaya seperti yang digambarkan dalam hadis Ibnu Masud r.a. Dan Lailatul qadar pada malam-malam genap adalah bercanggah dengan hadis-hadis dan perkataan dari para sahabat r.a bahawa ia berlaku pada malam ganjil.

Kesalahan ini berlaku disebabkan terdapat perselisihan sebanyak empat cara pengiraan di kalangan ahli-ahli falak seperti yang dinyatakan oleh ahli falak mesir DR شلتوت dan DR dari Amerika iaitu Jeff Schester di dalam perbincangan Al-Jazirah  pada hari isnin 23/10/2006.


Mengikut pengiraan, ramadhan disyariatkan pada tahun ke dua hijrah, dan  nabi s.a.w wafat pada tahun ke 10 hijrah, maka nabi telah berpuasa selama 9 tahun sebelum baginda wafat. Jika dilihat sepanjang 9 tahun ini tiada awal ramadhan yang bermula pada malam jumaat dan ahad. Tarikh dan hari awal ramadhan sepanjang 9 tahun itu adalah seperti berikut:

-Tahun ke dua hijrah: Malam isnin 25/2/624M
-Tahun ketiga Hijrah: Malam sabtu 14/2/625M
-Tahun keempat Hijrah: Malam rabu 3/2/626M
-Tahun kelima Hijrah: Malam isnin24/1/627M
-Tahun keenam Hijrah: Malam sabtu 13/1/628M
-Tahun ketujuh Hijrah: Malam selasa 2/1/269M
-Tahun ke lapan Hijrah: Malam Sabtu 21/12/629M
-Tahun ke Sembilan Hijrah : Malam khamis 10/12/630M
-Tahun kesepuluh Hijrah: Malam isnin 30/11/631M



Kesimpulannya: Awal Ramadhan hanya akan datang pada malam sabtu, malam isnin, malam selasa, malam rabu dan malam khamis.
Ia tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad.



Di bawah ini akan dinyatakan jadual penentuan awal ramadhan dan malam lailatul qadar. Awal ramadhan diketahui dengan kajian falak hasil dari pemerhatian perjalanan bulan pada setiap tahun melalui teleskop moden dan satelit. 

Manakala lailatul qadar pula diketahui melalui pemerhatian malam lailatul qadar sejak 8 tahun iaitu sejak 1998 sehinggalah 2006(Kitab ini disiapkan pada 2007) sehinggalah tahun lepas lailatul qadar datang pada malam selasa yang ganjil di dalam 10 malam terakhir ramadhan.

Tahun masihi/hijrah
Awal ramadhan
Lailatul qadar
Bilangan malam
1998/1419
Malam sabtu
Malam selasa
25 ramadhan
1999/1420
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2000/1421
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2001/1422
Malam sabtu
Malam selasa
25ramdhan
2002/1423
Malam rabu
Malam selasa
21ramadhan
2003/1424
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2004/1425
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2005/1426
Malam selasa
Malam selasa
29ramadhan
2006/1427
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2007/1428
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2008/1429
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2009/1430
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2010/1431
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan

Penglihatan pada pagi malam yang berlaku lailatul qadar ini disaksikan oleh beribu-ribu pelajar Universiti Jordan dan pelajar-pelajar Universiti Mu’tah dan sebahagian penduduk Mazar(kawasan di Jordan) dan orang-orang yang turut serta menyaksikan terbit matahari.

Insyallah tahun ni malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23 Ramadhan, malam selasa. Bermakna hari isnin malam telah bermula lailatul qadar insyallah...


Wallaha'lam.......
Diringkaskan dari Kitab Tafsir Mauduie karangan Profesor Dr Amin Al-Buttusyh
Alih bahasa oleh : Mohammad Amir Bin Wan Harun.
Panel Taqyif Fiqh-Darul Ifta'
Mu'tah Universiti, Jordan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons